Spot Best Di Langkawi Untuk Percutian Bersama Anak

Pejam celik, pejam celik dah nak hujung tahun rupanya. Pantasnya masa berlalu sehingga tak sedar yang cuti sekolah pun semakin hampir. Pasti ramai sahaja ibu bapa yang mengambil cuti meluangkan masa bersama anak untuk travel ke destinasi-destinasi menarik. Untuk anda yang belum lagi mempunyai destinasi untuk dituju bersama anak, moh le ke Langkawi.

Dengan keluasan sehingga 478.48 kilometer persegi (km), Langkawi ternyata memang hebat dalam menyajikan puluhan destinasi terkenal serta produk pelancongan popular untuk dilawati anda sekeluarga.

Wildlife Park

Saat melangkah masuk sahaja ke tempat ini, anda akan disambut dengan kehadiran iguana, musang dan burung kakak tua yang diletakkan bebas tanpa kurungan. Anak-anak pasti teruja kerana mereka bebas untuk menyentuh dan membelai haiwan ini. Wildlife Park yang terletak di Lot 1485, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pecah dibuka setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 6 malam.

Anda boleh membawa anak anda merasai pengalaman memberi makan kepada haiwan yang ada seperti  burung helang, burung unta, ikan-ikan juga buaya. Pengalaman paling menyeronokkan di sini bagi penulis adalah apabila berada di dalam taman yang dipenuhi burung comel dan cantik. Pastinya mereka sungguh jinak dan akan terus terbang hinggap ke bahu anda.

Langkawi Skycab

Boleh katakan, kereta kabel ini adalah antara tarikan utama jika anda ke Langkawi. Anda gayat? Jangan risau kerana perasaan itu pasti hilang tatkala berada di atas menyaksikan betapa indahnya panorama di sekitar pulau dari aras paling tinggi.

Jangan lepaskan peluang untuk mengambil angin ibarat menyentuh awan di jambatan gantung yang berketinggian 100 meter. Dah sampai atas jangan lupa rakamkan memori menarik bersama keluarga ya.

Menariknya di Langkawi ni, anda tidak perlu travel jauh dari satu tempat ke tempat yang lain untuk berseronok. Di lokasi yang sama, usai menaiki kereta kabel, ayuh singgah ke Muzium 3D yang mempunyai koleksi lukisan 3D terbesar di Malaysia juga di kedua terbesar di dunia. Wow! Terdapat lebih 200 karya seni menarik yang kelihatan seerti hidup apabila bergambar.

Crocodile Adventure Land

Ha, bukan budak-budak je yang enjoy kalau ke sini tau! Silap-silap ibu bapa pun turut sama excited dengan pelbagai aktiviti yang disediakan. Lain daripada taman buaya yang lain, di sini anda sendiri dapat melihat bagaimana buaya dijaga dengan penuh kasih sayang dengan menjaga kebersihan setiap kolam yang ada. Tiada bau yang kurang menyenangkan, buaya yang ada juga kelihatan aktif dan persembahan yang dilakukan juga memukau mata pengunjung.

Pernah dengar orang pancing buaya? Ha,ini adalah antara aktiviti yang anda tidak boleh lepaskan jika berkunjung ke sini. Pengalaman menahan rentapan kuat daripada anak-anak buaya sungguh tidak dapat dilupakan. Ibarat anda sungguh dekat, seakan menyentuh mereka walaupun tidak bersentuhan.

Yang sebenarnya, istilah pancing digunakan adalah kerana gambaran tersebut sama seperti memancing ikan, di mana anda diberikan kayu panjang yang diletakkan makanan di hujungnya dan dihalakan ke arah anak-anak buaya untuk memberi makan kepada mereka. Aktiviti ini tidak langsung mencederakan mereka.

Kubang Badak Mangrove

Eh, ni bukan untuk pencinta alam sekitar je tau. Aktiviti melihat paya bakau ni antara yang boleh anda lakukan bersama anak-anak yang berusia 9 tahun ke atas kerana banyak ilmu berkaitan sejarah dan alami boleh mereka pelajari.

Trip menaiki bot melihat beberapa lokasi menarik paya bakau ini juga membawa anda mengimbas sejarah lampau. 13 tapak istimewanya mempunyai keunikan warisan tersendiri dari segi batuan, biologi, geologi mahupun budaya.

Bersantai dengan aktiviti air di NAAM Paradise 101

Tidak sah kalau ke Langkawi tanpa aktiviti air kan..Kalau selalu sangat ke Chenang, apa kata cipta kelainan kali ini ke pulau syurga NAAM Paradise 101. Pelbagai aktiviti air menarik boleh anda lakukan dan pastinya lebih eksklusif berbanding di pantai-pantai lain seperti Banana Boat, Aqua park, berkayak, Zipline dan juga jetski.

Untuk ke sini, anda boleh menggunakan perkhidmatan bot khas di Jeti Telaga Harbour Marina bermula jam 10 pagi setiap hari.

Wah, sudah bersedia nak book tiket flight ke tu? Hiks! Kalau dah sampai ke Langkawi jangan lupa ke lokasi-lokasi ni tau. Ada banyak lagi yang akan Donna kongsikan tentang menariknya Langkawi. Tunggu….

 

Baca juga:

Jangan Pening Pack Makanan Sampai Penuh Beg, Ini Lokasi Makanan Halal New Zealand Wajib Perg

Singkap Sejarah Unik Dengan Melancong Ke Budapest

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna