SPM 2019: Ibu Bapa Harus Lakukan Ini Selagi Anak Tak Habis Peperiksaan

“Dah study ke belum? Esok paper apa?”

Soalan inilah yang selalu kita utarakan pada anak-anak bila mereka sedang menghadapi ujian lebih-lebih lagi peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bukan apa, sekeping sijil SPM inilah yang akan menentukan ke mana hala tuju anak kita selepas itu.

Tapi perlu diingatkan, tak meraih keputusan cemerlang bukan bermakna masa depan mereka gelap. Sekarang ni, dah banyak cabang kerajaan peruntukkan untuk memastikan tiada siapa pelajar lepasan SPM tercicir untuk menimba ilmu. Generasi muda je tinggal nak pilih mana satu cabang mereka inginkan.

Sumber: BH

Meskipun tarikh mula SPM sudah 2 minggu lepas iaitu 14 Oktober 2019 tapi bagi anak mereka yang menduduki SPM untuk fasa kedua, hari pertama mereka adalah 5 November 2019 iaitu Bahasa Melayu kertas 1. Lebih kurang tinggal 4 hari je lagi dan belum terlambat lagi nak buat pecutan terakhir tapi anak kita masih di zon selesa.

Apa nak buat? Okay, di bawah kami senaraikan antara tindakan yang anda boleh lakukan sejajar dengan  perkembangan teknologi.

  1. Menarik semula gadjet atau segala alat permainan teknologi yang boleh menghalang mereka menumpukan pelajaran.
  2. Penggunaan internet di rumah dihadkan sehingga tamat peperiksaan SPM. Hanya digunakan untuk tujuan pembelajaran dengan pengawasan ibu bapa.
  3. Menasihati mereka untuk belajar selagi ada masa yang tinggal.
  4. Menitipkan doa buat mereka.

Jika anda sudah melihat anak anda tidak boleh ke arah teori, cuba cari satu kelebihan mereka dalam praktikal. Jika mereka tidak perform dalam bidang akademik, anda boleh hantar mereka ke latihan industri dan praktikal yang mereka minat. Dari situ mungkin boleh dikembangkan menjadi satu perniagaan.

Ibu bapa jangan terlalu memaksa dengan memberikan tekanan kepada anak-anak kerana keadaan ini mampu memberi kesan negatif kepada emosi mereka.

Cuba wujudkan suasana belajar yang positif dan teruskan menyokong anak anda agar mereka bersemangat untuk berjaya.

Semoga anak anda semua cemerlang!

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

 Wanita Dibebaskan Lepas Ragut 8 Nyawa Dipersoalkan. Tapi Bagaimana Dengan Peranan Ibu Bapa Menjaga Anak? ,

Spot Best Di Langkawi Untuk Percutian Bersama Anak

 

 

Sumber: youtube 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna