Spa Bergerak Hingga Ke Rumah. “Yay or Nay?”

Sebut saja perkhidmatan rawatan spa bergerak, pasti anda terfikirkan urutan kaki, badan, mandi lulur, mandi susu, sauna, rawatan muka dan lain-lain lagi yang akan dilakukan di lokasi lain selain pusat spa. Pernah tak terfikir, ada perkhidmatan spa yang ditawarkan sehingga ke dalam rumah anda sendiri.

Ini bermakna, anda tidak perlu bersusah memandu keluar rumah dan pening dengan nak mencari parking kereta semata untuk memanjakan diri. Biasalah, zaman dah maju, segalanya di hujung jari. Sehinggakan spa pun anda boleh buat di rumah dengan hanya menggunakan aplikasi tertentu.

Yang sebenarnya perkhidmatan spa bergerak ini sudah wujud sejajar dengan perkembangan teknologi. Dan perkhidmatan seperti inilah yang diinginkan oleh wanita-wanita bekerjaya yang hampir tiada masa untuk diri sendiri.

Mudahnya hidup bila segalanya dipermudahkan betul? Tapi mungkin ada di antara anda yang risau atau tidak selesa bila ada orang asing masuk ke rumah apatahlagi jika anda tinggal berseorangan. Ha, zaman sekarang kan macam-macam kes jenayah boleh terjadi dengan hanya kecuaian kecil.

Baru-baru ini, Donna sempat menemubual seorang pengasas perkhidmatan spa bergerak iaitu Nadia Yusoff tentang tahap keselamatan pelanggan ketika perkhidmatan diberikan. Katanya, pihak pengurusan akan menghubungi pelanggan terlebih dahulu untuk menyemak segala butir peribadi pelanggan bagi tujuan keselamatan.

Sambungnya lagi, bila ahli terapi sampai di rumah pelanggan, mereka perlu mengetahui 3 perkara ini dari pelanggan iaitu adakah pelanggan mempunyai penyakit kulit berjangkit, menipu jantina, dan menyemak jika ada perkara mencurigakan ketika rawatan spa di lakukan seperti meminta ahli terapi pegang di tempat-tempat sensitif.

Jika kesemua ini berlaku, ahli terapi diminta untuk meninggalkan perkarangan rumah tersebut. Tapi selalunya jika pelanggan lelaki, ahli terapi lelaki yang akan memberikan perkhdimatan kepada mereka. Jadi, isu rogol tidak mungkin akan berlaku melainkan minat jantina sejenis.(Opps!)

Tambahnya lagi, perkhidmatan ini mempunyai sistem yang ketat. Contohnya, jika ahli terapi tidak mengemaskini maklumat di aplikasi tersebut mengikut tempoh rawatan spa, pihak admin akan menghubungi ahli terapi untuk bertanyakan adakah mereka dalam keadaan selamat.

Rawatan spa bergerak adalah sesuatu yang baru dan jika anda berminat untuk merasainya, anda boleh terus ke laman website Sentuh  dan selamat memanjakan diri anda!

 

 

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna