Solekan Ke Kenduri Kahwin Jangan ‘Over’ Dari Pengantin

Menghadiri jemputan majlis kenduri kahwin adakalanya agak memeningkan. Bukan sahaja pakaian sesuai perlu difikirkan, tetapi juga solekan untuk muka.”

Bagi yang sudah biasa ia bukan menjadi masalah besar, tetapi untuk yang jarang bersolek memang merungsingkan. Dengan kehadiran pelbagai himpunan alat solek di pasaran hari ini, anda tidak perlu lagi berasa risau tentang penampilan diri. Cuma anda perlu tahu teknik yang sesuai untuk menyolek agar sesuai dan kena dengan sesuatu majlis.

Sumber Foto: pexels.com

Ramai wanita yang tidak memahami cara solekan yang betul ketika menghadiri majlis perkahwinan. Kadangkala kehadiran mereka di sesuatu majlis menjadi tumpuan ramai atau bahan umpatan mak cik bawang dek solekan yang tidak kena. Ketika menjadi tetamu di majlis perkahwinan, elak gunakan solekan yang tebal sebaliknya pilih gaya solekan yang nipis sahaja. Kecuali jika anda adalah keluarga pengantin atau pengapit kepada pasangan pengantin, jadi anda dibolehkan untuk bersolek agar tebal supaya mendapat perhatian. Walau bagaimanapun pastikan solekan tidak berlebihan daripada pegantin agar aura mereka tenggelam. Solekan yang tebal akan membuatkan anda menjadi tumpuan tetamu lain kerana pelik melihat solekan yang hampir sama dengan solekan pengantin. Ini ada panduan untuk anda agar nampak tidak berlebihan daripada pengantin.

  • Pilih warna solekan yang natural dan nipis. Elak gunakan solekan jenis berkilat jika kenduri berlangsung dalam cuaca yang panas. Solekan akan mudah cair dan menjadikan wajah nampak berminyak serta tidak rata.
  • Untuk mata, guna satu warna pembayang mata yang sesuai dengan apa sahaja warna baju anda seperti coklat.

Sumber Foto: pexels.com

  • Pada bahagian pipi gunakan pemerah pipi yang nipis sahaja kerana tumpuan lebih telah diberikan pada bahagian mata.

Sumber Foto: pexels.com

  • Elak memakai bulu mata palsu. Ia lebih sesuai jika dipakai pada majlis makan malam. Cukup sekadar memakai maskara kalis air kerana ia tidak akan cair dan nampak comot.

Sumber Foto: pexels.com

  • Akhir sekali oles pengilat bibir yang berwarna lembut kerana anda akan nampak lebih manis dan selesa dipandang. Merah juga sesuai dikenakan namun elak memakai gincu berwarna gelap seperti coklat tua, ungu atau hitam.

Sumber Foto: hmetro.com

 

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai solekan, anda boleh layari podcast Ais Kacang – Gila Fashion. Gila Fashion bersama Ayie Stailista dan Min Luna, mengupas segalanya mengenai dunia fesyen dan selebriti. Klik di sini  Ais Kacang – Gila Fashion

 

 

Sumber: hmetro hmetro.com.my

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna