‘Smoothies’! Basahkan Tekak Dengan Gabungan 4 Jenis Buah

Selain daripada hidangan yang menyelerakan untuk dihidang kepada keluarga atau diri sendiri, minuman juga memain peranan dalam menaikkan selera ketika menjamu selera.  Kalau hari-hari air yang sama dan tak ada kelainan, mesti bosan!

Tak apa, kami ada idea untuk hidangan air yang menarik. Smoothies, kisaran ais batu bersama pati buah-buahan. Jangan ingat smoothies hanya satu atau dua campuran buah je tau. Anda boleh je menggunakan kreativiti mencampurkan dua atau tiga jenis buah-buahan agar rasanya menjadi lebih sedap.

Sumber: nutrition

Jadi, kali ni kami akan kongsikan resipi smoothies gabungan dari 4 jenis buah iaitu kelapa, pisang, epal dan rasberri. Kesemua bahan buah ini mempunyai khasiat gizinya tersendiri tapi selepas dicampur, sedap ke tak? Ha.. Tak salah mencuba benda yang baru. Betul tak?

Bahan-bahan

  1. Setengah cawan air kelapa
  2. Dua pisang bersaiz sederhana
  3. Sebiji epal besar
  4. Segenggam Rasberri yang disejuk
  5. Setengah cawan ais batu kecil

Cara penyediaan

  1. Semua bahan di atas dikisar
  2. Kisar dalam seminit setengah atau sehingga tekstur menjadi lembut
  3. Jika tidak, masukkan air kelapa atau ais batu sehingga dapat tekstur yang lembut.

Mudah je kan cara membuat smoothies. Silap-silap boleh menjual untuk buat duit tepi, ihiks! Selamat mencuba.

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik senarai artikel berikut:

4 Jenis Makanan & Minuman Yang Dapat Mengurangkan Tekanan ,

 Hidangan Mat Saleh Ada Alkohol? Tak Apa, Gantikan Dengan Bahan Halal Ni

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna