Slurpp! Rahsia Jus Kedondong Yang Anda Belum Tahu

Umphh sedapnya kalau dapat buah kedondong dikupas kemudian cicah pula bersama kuah kicap. Kecur liur dibuatnya! Eh tapi ada tak di antara anda yang pernah buat jus kedondong? Jika di kedai makan, jus ini agak  sukar untuk anda dapatkan kerana ia ada hanya di tempat-tempat tertentu. Apa kata dengan buah kedondong ni anda hasilkan satu jus yang amat menyegarkan dan sedap. Bukan itu sahaja, sebenarnya buah kedondong ini penuh dengan khasiat serta terkenal di negara Indonesia.

Related image

Sumber: detikfood

Sekali minum pasti nak lagi! Dengan rasa masam daripada jus buah kedondong memang menyegarkan tekak anda. Bukan hanya melegakan tetapi bagi anda yang sedang menjaga berat badan dengan meminum jus ini anda akan mudah berasa kenyang. Tak perlu lagi ambil pil kurus, cuba anda tambahkan asam boi ke dalam jus kedondong lagi bertambah sedap. Ini kerana khasiat dan nutrisi jus ini juga membantu melancarkan proses pencernaan pada tubuh badan anda.

Image result for kedondong juice

Sumber : Indoindians

Alamak muka dah kedut!

Hari demi hari umur anda semakin meningkat sudah tentu akan berlakunya proses penuaan. Cuba anda mengamalkan jus kedondong kerana ia mengandungi vitamin C dan mempunyai antioksida yang tinggi. Nak cantik dan sentiasa kekal awet muda anda perlu menjaga pemakanan, lepas ni boleh jadikan jus kedondong sebagai minuman rutin anda.

Related image

Sumber: greenjuice

Bagi yang sering mengalami lenguh-lenguh badan atau sakit tulang, jus kedondong amat baik untuk menguatkan kesihatan tulang anda kerana kalsium dalam buah kedondong sangat berkesan untuk menjadikan tulang kuat dan tidak rapuh. Haa, sekarang ni apa kata anda kurangkan pengambilan minuman manis dan ubah kepada jus kedondong bukan setakat sedap tapi berkhasiat, jom amalkan!

Sesuai untuk anda yang gemar makanan sihat, apa kata cuba product daripada Love Earth ni.

 

 

 

 

 

Sumber: manfaatjus

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna