Skrin Sesentuh! Memudaratkan Bagi Kalangan Kanak-Kanak

Bibik! Jaga rumah dengan anak saya ye? Susu apa semua saya dah siapkan, nanti anak-anak saya nak apa-apa bibik tengokkanlah. Saya balik pukul 5 petang, so sampai rumah dalam pukul 6 petang. Bye!”

Beberapa tahun dahulu, itulah barisan ayat yang akan keluar dari mulut ibu bapa kerana ‘bibik menggantikan Ibubapa’ sepanjang proses pembesaran anak-anak. Kini, fenomenanya sudah bertukar dimana ayat ini pula yang sering meniti di bibir ibu bapa sekarang, “Sayang, main game kat fon ni pulak, nanti bateri habis, bagi mama balik tau”.

Ya,  ‘gajet menggantikan ibubapa’ kerana perkembangan teknologi yang sangat hebat! Sampaikan kita sendiri tidak mampu untuk mengejar perkembangan teknologi. Walau bagaimanapun, gajet yang dimaksudkan ini bukan sahaja telefon mudah alih tetapi termasuklah televisyen, ipad, PlayStation Portable (PSP) dan apa sahaja yang di tonton dan terhad dalam sebuah kotak atau berteknologi.

 
Sumber : iluminasi

Malah, menurut satu kajian, 93% mengatakan rakyat Malaysia sendiri mengakui bahawa gajet adalah penting untuk penggunaan harian serta memudahkan mereka melakukan kerja rumah untuk mengawal tingkah laku anak mereka. Hanya gajet saja mampu membuatkan anak mereka duduk diam setempat dan fokus pada skrin telefon yang mempunyai hiburan kanak-kanak. Malah, kanak-kanak sendiri sudah jadikan permainan mereka pada waktu lapang adalah gadjet. Tiada lagi permainan congkak, batu seremban, ting ting, lompat tikus, police entry, berlari berkejaran dan lain-lain lagi permainan tradisional.

Tetapi, ramai yang tidak sedar, bahawa disebalik kesenangan ibu bapa dan hiburan kanak-kanak ini mempunyai kesan yang buruk sehingga dapat memudaratkan mereka.  Buktinya, jika ibu bapa mendedahkan anak-anak mereka menonton TV pada usia 2 tahun pertama terlalu lama,ia akan mengganggu tidur dan tumpuan kanak-kanak apabila mereka meningkat dewasa, Jadi, tumpuan di dalam kelas juga turut terganggu. Bukankah ini akan memberi kesan kepada masa hadapan kanak-kanak tersebut?

Tidak cukup dengan itu, kajian di Malaysia telah melaporkan, baru-baru ini mereka mengatakan bahawa 10 tahun dahulu, kadar masa fokus bagi pelajar di dalam kelas adalah 13 minit dan pada hari ini, kadar masa fokus telah pun jatuh hanya 4 saat sahaja! Ini adalah jumlah yang amat membimbangkan. Jadi, anda sebagai ibu bapa harus mengawasi tempoh masa anak-anak bermain dengan gajet. Berikan had masa supaya mereka tidak menghadap gajet berjam-jam lamanya.

Sumber: nytimes

Selain itu, gajet mampu mempengaruhi pemikiran kanak-kanak kerana apa yang mereka tonton, itulah yang akan mereka lakukan. Jika mereka melihat visual atau perkara yang berunsurkan aksi ganas, mereka akan menjadi ganas. Begitu juga sebaliknya.  Melainkan, anda memantau setiap apa yang anak anda melayari internet atau memantau apa yang mereka tonton.  Tetapi, tidak mungkin akan berlaku sebab anda juga ada kerja lain. Jadi, kawal mereka, jangan biarkan anak anda mengawal diri anda.

Seterusnya, radiasi di mana mengikut kajian, paparan radiasi dari gadget sangat bahaya bagi kesihatan dan perkembangan kanak-kanak. Radiasi gadget sangat berisiko sehingga mungkin akan mengakibatkan gangguan terhadap perkembangan otak dan sistem imun anak.  Buat pengetahuan semua, 3 tahun pertama pertumbuhan otak adalah sangat penting kerana saiz otak adalah dua pertiga saiz otak dewasa. Jika anak-anak mengalami masalah kurangnya stimulasi sensori, maka sangatlah rugi bila sel-sel otak tersebut mati begitu sahaja.

Akhir sekali, penyelidik dari Lembaga Kesihatan Universiti Morgannwg, Abertawe Bro, pula menyatakan, generasi muda mungkin akan berdepan dengan masalah kesihatan pada bahagian tengkuk dan belakang badan apabila mereka menggunakan komputer, permainan video dan telefon pintar jika dalam tempoh yang agak lama. Jadi, tidakkah anda terfikir bahawa perkara ini akan mendedahkan anak-anak anda dengan menghidapi penyakit yang mungkin tidak sepatutnya terjadi pada kalangan kanak-kanak yang normal?

Justeru itu, ibu bapa harus sama-sama fikirkan cara yang boleh kita perbaiki untuk membantu rangsangan positif pada anak-anak. Bukan tidak boleh membiarkan kanak-kanak menggunakan gajet langsung tetapi lebih baik jika anda sentiasa bersama anak-anak dan berkomunikasi dengan mereka untuk menstimulasikan otak ketika mereka sedang membesar.

 

Sumber: Wadah ICT (UKM) , Kosmo

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna