Skirt Labuh Gaya ‘Selamat’ Buat Wanita Kelihatan Anggun

Pemakaian skirt panjang atau labuh tidak terhad kepada wanita bertudung sahaja, tetapi buat mereka yang tidak berhijab.

Skirt labuh menjadi pilihan kebanyakan wanita kerana ia kelihatan agak sopan serta boleh dipadankan dengan apa sahaja jenis top seperti t-shirt, blaus, kemeja, jaket, dan kardigan. Jika anda bijak menyuai padan skirt bersama padanan lain, ia boleh membuatkan penampilan menjadi lebih anggun dan mampu mencuri tumpuan ramai.

Sumber: pexels.com

  • Bagi mereka yang tinggi dan kurus adalah sangat sesuai untuk  menggayakan skirt labuh dengan apa jua jenis corak dan potongan. Tetapi pastikan pemilihan warna baju dan skirt labuh adalah sesuai.

 

Sumber: pexels.com

  • Untuk badan yang rendah dan berisi anda dinasihatkan untuk tidak menggayakannya dengan baju yang lebih gelap dari skirt. Cuba gayakan dengan pilihan skirt labuh dengan corak kecil dan tidak berjalur melintang.

 

Sumber: pexels.com

  • Manakala wanita badan yang terlalu kurus dicadangkan memakai skirt yang mengikut bentuk pinggul dan kaki. Sebenarnya skirt jenis itu akan membuatkan anda nampak lebih kurus. Pakailah skirt yang berwarna cerah dengan corak apa pun.

Skirt labuh juga dicadangkan dipadankan dengan T-shirt, arau blaus. Tidak kisah samada anda ingin tight in atau tight out baju. Anda juga boleh melengkapkan pemakaian skirt labuh dengan memakai kardigan.

Sumber Foto: google image

  • Skirt Maxi – Skirt labuh jenis ini sesuai untuk semua jenis bentuk tubuh. Potongannya yang longgar menjadikan ia sangat selesa dipakai.
  • Skirt Bertingkat – Skirt bertingkat akan nampak kembang kerana berlayer-layer. Sekirannya anda seorang yang berbadan besar elakan daripada memakai jenis skirt ini kerana lapisan yang berlapis mungkin menampakkan anda lebih gempal.
  • Skirt A-line – Sangat sesuai untuk individu yang mempunyai bahagian pinggul yang lebar.
  • Skirt Pleated – Skirt pleated sesuai digayakan untuk wanita yang berpeha besar kerana potongan kainnya akan menyembunyikan kelemahan anda itu.
  • Skirt Duyung – Potongan jenis skirt ini tidak sesuai untuk semua jenis bentuk tubuh. Ianya akan kelihatan lebih menarik bagi yang mempunyai bentuk tubuh langsing.

Sekiranya anda ingin menggayakan skirt labuh ke pejabat, pilihlah skirt labuh bercorak kosong dengan warna-warna pastel dan juga warna gelap seperti hitam, coklat mahupun biru. Ia sangat sesuai dipadankan dengan blaus, kemeja mahupun blazer.

 

 

 

 

 

 

Sumber: dianarashid.com wom.my

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna