Sikap Ego Memakan Diri

Keras kepala serta sentiasa merasa diri betul atau perkataan yang lagi tepat adalah, ego. Sikap ini seringkali terpalit pada insan yang bergelar lelaki. Mungkin kerana sinonim dengan jantina lelaki. Tapi, perempuan pun apa kurangnya, ada juga yang egonya kalah tinggi Gunung Everest.

Sumber: internet

Percayalah, sikap ego ini jika ditanam dalam diri sehingga menebal, lambat-laun individu tersebut akan ditenggelami dengan rasa penyesalan. Antara salah satu faktor seseorang menjadi ego kerana…

  1. Kuasa
  2. Ingin dipatuhi
  3. Tak boleh menerima kritikan atau teguran.
  4. Ingin kelihatan hebat

Sebenarnya, banyak lagi faktor seseorang mempunyai sikap ego tapi, Donna ingin ingatkan, tak ada kebaikan pun jika anda sering bersikap ego. Walaupun adakalanya sikap ini dapat berfungsi untuk melindungi keluarga dan wanita yang disayanginya tetapi, perlulah berpada-pada.

Seelok-eloknya, elakkan mengharungi segala perhubungan dengan sifat ego. Cara untuk elakkan diri bersikap ego adalah melatih diri untuk merasa diri ini kerdil dengan Maha Besar kerana tiada yang lebih hebat daripada-NYA.

Untuk dengarkan lebih lagi tentang ego, dengarkan di Podcast Ais Kacang bersama Nabila Razakli dan Hadi pada episod 3.  Selamat mendengar!

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna