Sibuk ‘Shopping’ Raya? Jangan Lupa Rebut 10 Malam Terakhir Ramadan

Eh dah nak raya? Haa sedar tak sedar dah masuk 10 malam terakhir ramadan. Semua orang pasti sibuk dengan persiapan raya dan tak salah untuk ‘shopping’ saat-saat akhir macam ni sebab kebanyakan penjual akan menawarkan harga yang lebih rendah. Tapi bila dah kejar nikmat dunia, apa kata kita berhenti rehat sekejap dengan rebut peluang 10 malam terakhir ramadan kerana banyak kelebihannya.

Dah habiskan banyak masa di tempat kerja dan pusat beli belah? Jadi apa kata mulai hari ini anda meluangkan masa untuk beribadat pada Allah untuk mengucapkan rasa berterima kasih di atas apa yang anda sudah memiliki agar kehidupan anda sentiasa diberkati.

Solat Sunat

Bila terjaga malam ambil peluang untuk mendirikan solat sunat, jangan risau kalau takut tak bangun pada keesokan hari. Yakinlah dengan setiap amal kebaikan yang anda lakukan pasti akan baik-baik sahaja!

Image result for women praying

Sumber: dawn

Memahami Ayat Al-quran

Amalan yang sering dilakukan ketika bulan ramadan ini adalah membaca Al-Quran. Tapi sejauh mana anda faham akan makna yang dibaca? Ambil peluang, untuk memahami setiap ayat al-quran yang dibaca. Kemudian berfikirlah dan terapkan dalam kehidupan agar ia dapat memberi kebaikan pada anda.

Bersedekah

Dah banyak habis duit untuk shopping? Apa kata anda laburkan sebahagian rezeki yang ada miliki dengan amalan bersedekah atas niat kerana Allah. Untuk pengetahuan anda, amalan ini akan memberi anda ganjaran berlipat ganda seumpama lebih baik dari seribu bulan.

Tahan Nafsu

Ajak family anda dengan menghidupkan malam-malam ramadan dengan solat qiamullail. Wanita dan shopping memang tak dapat dipisahkan tapi kawal nafsu anda dengan menghabiskan masa untuk beribadat. Walaupun sibuk bekerja jangan jadikan ia sebagai penghalang anda untuk merebut pahala dan amal kebaikan pada 10 malam terakhir ramadan.

Cuba bayangkan jika anda dan keluarga berpeluang merasai malam lailatur qadar, ia bersamaan umpama anda melakukan solat berterusan selama 83 tahun tersebut. Haa bukan senang tau, tahun depan belum tentu anda dapat rebut peluang camni. Jadi tunggu apa lagi?

Image result for family eat together

Jika sebelum ini anda sering berbuka puasa di luar, bersama rakan di pejabat. Jadikan 10 malam terakhir ini, untuk anda berbuka puasa bersama keluarga. Kan lebih baik? Cara ini akan mengeratkan lagi hubungan di antara anda dan anak-anak. Semoga bermanfaat!

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna