Siaran Tergendala Sekejap Bila Wanita Ini Terkencing Semasa Siaran Langsung

Macam-macam benda boleh terjadi semasa siaran langsung. Apa yang berlaku di depan kamera adalah benda yang sama disaksikan oleh berjuta-juta orang yang menonton siaran yang sama. Sebab itulah banyak produksi yang buat rakaman awal bagi mengelakkan banyak benda tak diingini berlaku sepanjang masa siaran.

Macam insiden yang berlaku baru-baru ini di Jepun apabila seorang wanita terkencing semasa sebuah program televisyen bernama 24 Hour Television Love Saves the Earth sedang disiarkanWanita bernama Fuka itu merupakan tetamu undangan bersama dengan beberapa individu lain.

Oleh sebab yang ada dekat siaran tersebut buat lawak, Fuka ketawa berdekah-dekah sampai terkencing. Air kencing wanita kemudian tak dapat ditahan dan mengalir sehingga mengenai karpet.

BACA: Ibu Kena Guna Cara Kreatif Ini Untuk Ajar Anak Makan Sayur!

Keadaan menjadi kecoh seketika apabila seorang lelaki melompat di hadapan kamera dan menghalang daripada aksi Fuka terus dirakam. Dalam juga dilihat seorang perempuan meletakkan kertas bagi menghalang air kencing mengalir.

Kecoh dengan keadaan itu, pihak produksi menangguhkan siaran  dengan skrin yang tertulis “siaran tergendala sementara,” 

BACA: Pernah Tak Rasa Macam Semua Orang Perhatikan Anda Di Pejabat?

Fuka kemudian datang kembali ke kerusinya 90 minit kemudian untuk menamatkan siaran seperti yang dijadualkan. Rupa-rupanya, itu bukan pertama kali Fuka terkencing di depan orang ramai.

Adoi, macam-macam cerita yang terjadi. Kalau anda dalam situasi ini apa yang anda nak buat?

Sumber: Soranews

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna