Siapa Yang Tentukan Jantina Anak? Telur Suami Atau Isteri?

Apalah bini kau ni mat, asyik mengandung anak lelaki je. Anak perempuan la pulak,”

Tidak dapat dinafikan kebanyakan orang kita akan menunding jari pada si isteri bila berkaitan dengan jantina anak.

Yelah, wanita yang membawa kandungan selama sembilan bulan. Secara tak langsung segalanya dari awal hingga akhir tidak kira kesihatan, jantina dan kesempurnaan bayi dalam kandungan adalah tanggungjawab si ibu.

via GIPHY

Kata doktor…

Hakikatnya, itu adalah di luar bidang kuasa siapa pun kerana itu semua kerja Yang Maha Esa. Sebagai manusia, usaha sebaik mungkin untuk melahirkan zuriat yang sihat dan sempurna, siapa je nak zuriat yang tak cukup sifat?  TIADA!

Tapi itu bukan masalah utama. Apa yang membuatkan kami ingin mengupaskan isu anak ini apabila di media sosial kecoh tentang jantina anak ditentukan oleh telur lelaki atau perempuan? Perkara ini diterangkan oleh seorang doktor perubatan, Dr Nimelesh Balanthiren.

Katanya, siapa yang menyalahkan wanita dalam isu ini selalunya tidak berilmu kerana bukan wanita yang menentukan jantina bayi. Jadi, telur suamilah yang akan menentukan jantina bayi.

Mungkin ada di antara kita merasakan masalah jantina anak hanyalah masalah kecil tapi tidak bagi segelintir wanita yang bergelar ibu muda kerana emosi mereka terganggu apabila orang sekeliling terutama orang terdekat mereka mempertikaikan isu jantina anak.

Buktinya satu kisah sedih dan benar dikongsikan dari Dr Amalina menerusi laman akaun twitter miliknya. Jom kita selami luahan hati wanita tersebut.

Kesimpulannya, jantina apa pun dikurniakan oleh Allah, bersyukurlah. Lagipun, suami kita sendiri pun tak boleh pilih nak  keluarkan sperma X atau Y. Apatah lagi si isteri yang hanya menerima telur lelaki.

Malah, menurut kajian sains tiada petua yang berhasil untuk dapatkan anak lelaki mahupun perempuan kerana 100 peratus bergantung pada sel sperma telur lelaki yang berjaya tembus masuk ke telur wanita.

Apa pun orang kata, bila dah tahu diri kita mengandung pastikan jaga pemakanan dan dapatkan nasihat doktor jika ingin mengambil sebarang suplemen vitamin untuk bayi atau si ibu. Okay?

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Sebelum Nak Anak Kembar, Sheikh Muszaphar Pesan Ibu Bapa Kena Ada….

Lepas Cuba Tiru Gaya Masak Sugu Pavithra, Wanita Ini Bongkar Sesuatu

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna