Siapa Yang Digelar Narsistik Oleh Nabila? Sharnaaz Atau Netizen?

Sejak dua menjak ni, banyak desas desus timbul mengatakan hubungan rumahtangga Sharnaaz Ahmad dan isteri Noor Nabila bermasalah. Namun belum ada kata putus daripada keduanya menjelaskan keadaan sebenar. Walaupun begitu, keretakkan tersebut dapat dihidu ramai apabila mereka saling berbalas mesej tersembunyi di laman sosial.

Kononnya ingin memberi ucapan sempena Hari Wanita Sedunia, tapi perkara yang jelas, mana mungkin diselindung lagi. Di bawah ini adalah perkongsian daripada Instastory Sharnaaz Ahmad:

 

 

Ha, selepas posting ini, Noor Nabila pula memuatnaik entry seakan menjawab kembali apa yang diperkatakan oleh suaminya itu.

Neelofa turut menyokong apa yang diperkatakan kakaknya dengan memberikan komen ‘YASSSSSSSSSSS” sebelum ruangan komen ditutup Nabila. Deep sungguh maksud yang ingin disampaikan ini, tapi lagi deep posting yang dikongsi di laman Instastory baru-baru ini.

 

“Narcissistic Personality Disorder”(NPD) atau “Gangguan Personaliti Narcissistic” adalah suatu keadaan di mana orang yang mempunyai perasaan yang berlebihan dengan kepentingan diri, keasyikan melampau dengan diri mereka sendiri dan kekurangan perasaan empati untuk orang lain.

Narsistik menurut Dewan Bahasa dan Pustaka pula bermaksud, cenderung memuja atau mengagumi diri sendiri dengan berlebihan.

Hm, tiada siapa tahu kepada siapa mesej ini ditujukan namun ramai membuat spekulasi ia ditujukan kepada suaminya dek kerana kemelut yang dihadapi mereka berdua ketika ini.

Biasalah dalam perhubungan, ada pasang surutnya. Kita harapkan agar mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik. InsyaAllah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Instagram Noornabila, Instagram Sharnaaz, Wanista

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna