Siapa Target Online Bisnes? Ketahui 5 Jenis Bisnes Yang Meletup 2020

Dunia masih lagi sibuk menyesuaikan diri dengan norma baharu pada zaman ini. Bukan sahaja pergerakkan sosial kita terjejas malah ekonomi juga turut terganggu.

Hah. Bila sembang pasal ekonomi terganggu ni kadang kala kita juga memang tak terkecuali terjejas. Terpaksalah kita mengeluarkan wang simpanan kecemasan bagi menampung perubahan hidup demi menyesuaikan diri.

Itu pun mujurlah bagi mereka yang mempunyai simpanan! Itulah kepentingan membuat simpanan sebenarnya. Apabila waktu seperti ini mula melanda, kita boleh lihat sendiri ramai yang dah mulakan perniagaan atas talian.

via GIPHY

 

Mana tidaknya, zaman canggih teknologi ini pelbagai jenis platform yang wujud dalam dunia internet. Donna juga perasan, memang inilah waktu yang paling sesuai untuk memulakan online business! You all sebut je business apa yang mahu dimulakan. Jual kerepek online? Bake sale? jual bahan basah pun ada dalam talian tau sekarang!

Top 5 Online Bisnes Yang Viral 2020

As you all know, banyak bisnes dalam talian ini sememangnya bertujuan untuk menjana pendapatan tambahan bagi menampung kos kehidupan. Lebih-lebih lagi dengan norma baharu ini, sudah tentu pentingnya untuk kita menyimpan.

via GIPHY

 

Tapi bukan mudah untuk memulakan sesuatu perniagaan. Banyak perkara yang harus dipertaruhkan. Sepertinya, modal untuk mula berniaga, waktu yang diluangkan untuk menghasilkan produk dan juga waktu yang besesuaian untuk melakukan promosi kepada target audience yang tepat.

Makanan

Manusia dan makanan berpisah tiada. Mestilah, its food! Siapa jer yang tidak mempunyai makanan kegemaran kan? Trust me, anda cubalah jual makanan yang anda boleh masak or bake! Jika tidak gemar, mungkin boleh mulakan dengan gunakan modal sedikit untuk mendapatkan bekalan yang mahu dijual. Such as, jual kerepek, biskut cip coklat dan bermacam lagi.

via GIPHY

 

‘Cleaning Supplies’

Ini adalah demand yang paling jelas sekali. Masih ingat lagi ketika ramai rakyat Malaysia melakukan pembelian panik? Perkara yang paling sukar untuk kita temui adalah topeng muka dan juga hand sanitizer. Donna masih ingat lagi sehingga banyak produk pembersihan dan pembasmi kuman begitu laris dijual. Harganya pula melambung tinggi dan ramai pengguna pula sanggup membayar! Jadi apa lagi? Cuba bayangkan anda boleh menghantar dalam jangka masa yang singkat? confirm banyak demand!

 

via GIPHY

Pakaian

Akibat keadaan sekarang ni, nak shopping pun susah. Risau akan risiko punya pasal, ramai yang akan memilih untuk membeli belah dalam talian. Lebih-lebih lagi semuanya boleh settle dengan beberapa klik sahaja. Tahu-tahu dah sampai depan pintu!

via GIPHY

 

Barang Dapur

Well, jelas sekali barang dapur baik kering mahupun bahan basah. Hah, offer sahaja apa jenis barangan dapur yang anda boleh usahakan. Minyak masak? Garam? Gula? Ikan? Daging? semua boleh dijumpai!  Ramai tau yang menjadi personal shopper kerana applikasi tertentu yang wujud kadang kala mempunyai pilihan yang agak terhad.

via GIPHY

 

Barang Keperluan Diri

Memandangkan ramai yang tidak mahu mengambil risiko untuk mendapatkan barangan keperluan diri seperti tuala wanita, shower gel, panadol dan sebagainya, ada demand yang sebenarnya dicari-cari oleh pengguna. Jadi jangan terlepas peluang ini untuk memulakan perniagaan anda!

via GIPHY

 

However, tahukah anda kini kita boleh menjana pendapatan dengan hanya melakukan review produk?! Maksud Donna, tak perlu nak beli followers atau try hard nak cecah followers tinggi pun dalam media sosial tau! Siapa kata artis jer boleh berjaya buat bisnes online? You guys pun boleh tau! Siapa nak tahu, klik SINI.

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna