Siapa Sangka Rupanya Rupanya Ada Rahsia Besar Kenapa Ayah Kena Bagi Anak Kereta Mainan!

Kalau anak perempuan, kita  carikan anak patung atau mainan alatan masakan untuk mereka. Manakala kalau yang lelaki, kita pula akan belikan mainan macam kapal terbang, motir, trak, lori, dan lain-lain.

Kalau kita bawa anak ke kedai, pasti sahaja tangan mereka laju sahaja akan pilih kereta untuk dibeli. Kadang-kala sampai bertimbun kereta mainan dekat rumah. Ada yang sampai tercabut tayar sebab hari-hari dibuat main.

Mungkin anda tak perasan. Sebenarnya ada sebab kenapa anak-anak lebih cenderung memilih mainan kereta berbanding yang lain. Bukan itu sahaja, terdapat juga rahsia di sebalik mainan pilihan anak-anak kita. Jom baca!

Sumber: theasianparent

Kenapa anak suka kereta mainan?

Kalau merujuk kepada kajian yang dilakukan para saintis pada tahun 2014, anak lelaki cencerung bermainan kereta mainan kerana hormon testosteron mereka. Mempunyai banyak masa untuk bermain permainan berpusing menyebabkan lebih banyak hormon untuk dihasilkan.

Pengenalan kepada kelajuan

Dengan bermain permainan beroda dan berpusing, anak anda dapat membandingkan arah objek dan kelajuan sepenuh masa. Ia juga mampu meningkatkan minda, fizika dan kongnitif anak pada masa yang sama.

Faham konsep ruang

Bermain kereta boleh memberi pengetahuan kepada anak ruang tiga dimensi seperti bagaimana meletakkan barang ke dalam trak atau bagaimana meletakkan keretapi di atas landasan.

Sumber: theasianparent

Mengembangkan kosa kata

Sambil main kereta itu, anak anda sebenarnya boleh menambah kosa kata baharu. Misalnya macam enjin, tayar, cermin dan lain-lain. Inilah masanya anda nak perkenalkan beberapa perkataan dan fungsi barang mainan. Otak anak seperi span, mudah menyerap informasi.

Rasa ingin tahu yang tinggi

Bila dah minat sesuatu perkara, mulalah anak-anak akan banyak bertanya untuk mengetahui lebih dalam tentang mainan yang dimiliki mereka. Jadi, inilah masanya untuk kembangkan minat anak-anak dengan menonton video tentang motor, atau beli buku gambar kereta.

Benda begini sebenarnya nampak macam kecil dan tak penting. Tapi sebenarnya kesannya kepada anak-anak sangat besar. Hanya dengan mainan yang dibelikan, dapat mengaktifkan proses pembelajaran anak-anak. Hebat kan?

 

Baca juga:

Sebelum Nak Anak Kembar, Sheikh Muszaphar Pesan Ibu Bapa Kena Ada..

Anda Dianggap Biadap Kalau Cakap 4 Benda Ini Dengan Wanita Yang Tiada Anak

 

 

 

 

 

 

Sumber: Asian Parent

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna