Siapa Sangka Laporan Buletin TV3 Temukan Semula Lelaki Dan Keluarga Kandung!

Mungkin anda pernah menyedari laporan berita siaran Buletin Utama TV3 memaparkan nasib golongan gelandangan yang kini sudah mempunyai penempatan. Mana tidaknya, laporan itu menjadi viral apabila TV3 memberikan sesuatu yang baru dalam suntingan mereka.

Walaupun bercerita tentang nasib golongan jalanan, namun laporan yang diberikan memaparkan vibe funny apabila  mereka memasukkan lagu rap yang diambil daripada ucapan Perdana Menteri “ke sana ke sini,”

Namun, laporan tersebut rupanya telah membawa kepada satu kejadian yang lebih besar. Mana tidaknya, tok penghulu yang ditemuramah dalam video ini rupanya telah bertemu dengan keluarga kandungnya yang sudah lama terpisah. Macam dalam filem!

Pada awalnya salah seorang pengguna Facebook, Nzam Arafat telah meninggalkan satu komen dengan memaklumkan bahawa seorang individu iaitu Mohd Aidi Asyraf sedang mencari abang kandungnya yang telah terpisah sejak tahun 1996.

Nzam Arafat memberitahu bahawa Aidi Asyraf ternampak wajah abangnya yang terpapar di kaca televisyen menerusi rancangan Buletin Utama TV3. Lebih mengejutkan apabila abang kandung yang dicarinya itu ialah ‘Tok Penghulu’ dalam kalangan gelandangan. Individu ini kemudian memohon orang ramai membantu untuk menemukan kedua-dua beradik ini.

Aidi Asyraf meluahkan rasa syukur dan gembira akhirnya dia akan dipertemukan kembali dengan abang kandungnya tidak lama lagi. Difahamkan, abangnya itu akan pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan ahli keluarga yang lain sebaik sahaja selepas tamat tempoh PKP.

Inilah keajaiban dan hikmahnya COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan. Tak sangka, ini benar-benar terjadi di alam realiti. Kepada yang masih mempunyai keluarga, jangan lupa untuk tanya khabar keluarga di kampung ya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Oh Bulan

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna