Siapa Pula Yang Nangis Pukul 3 Pagi Dekat Asrama Universiti Waktu PKP Ni?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, memang semua asrama dikosongkan dan kerajaan telah menghantar pulang mahasiswa sebelum sambutan hari raya Aidilfitri beberapa bulan lalu. Pendek kata, memang tak ada orang yang tinggal di kolej kediaman atau asrama dalam tempoh ini.

Namun baru-baru ini viral di laman sosial cerita tentang seorang mahasiswa universiti tempatan menceritakan kejadian seram sewaktu ditugaskan menjaga asrama sepanjang musim PKP ini. Memetik Instagram Story milik Danesh, kejadian itu bermula pada jam 3 pagi.

Tiba-tiba ada satu lampu bilik penghuni asrama itu yang terbuka. Mula-mula ingat ada penghuni duduk secara haram di asrama itu.

Lepas bercakap dengan felo, Danesh pun duduk sekejap. Tapi tak sangka pula rupanya dia kembali dengar bunyi yang sama sewaku di tingkat atas tadi. Memang meremang bila dengar!

Lepas hari dah siang, dia dan felo terus menghubungi ustaz dan bertanya apa sebenarnya makhluk yang berada di asrama mereka. Lebih-lebih lagi misteri bilik yang berlampu itu.

Tapi setelah ustaz itu melakukan pemantauan, tak ada apa yang terjadi. Cuma ada perempuan yang hanya datang singgah.

Tak ada apa di bilik ini

Aish, seram pula bila baca cerita-cerita macam ini. Tapi tak ada kot, dia cuma menumpang sahaja. Kalau kita tak kacau dia, dia tak la kacau kita. Siapa yang tinggal di blok itu, lepas asrama dibuka nanti kenalah baca apa-apa yang patut ya.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri, ah gitu!

 

 

 

 

 

Sumber: Twitter

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna