Siapa Kata Duduk Rumah kena Selekeh? Ini Alasan Kenapa Anda Kena ‘Dress Up’ Di Rumah

“Alah dekat rumah ini anak dengan suami je yang ada. Tak payah nak beriya sangat”

Mentang-mentang lama anda duduk di rumah, pakaian anda pun sama sahaja. Kain batik dengan T shirt. Itu pun sekali sehari sahaja ganti. Selagi boleh lenjan, anda lenjanlah sampai lusuh.

Tapi sebenarnya, penampilan diri perlu kita jaga walaupun di dalam rumah, Bukan sebab suami atau anak-anak nak tengok. Tapi untuk memastikan mood dan emosi kita berada dalam keadaan baik. Dalam artikel kali ini, Donna nak ajak semua orang untuk jaga penampilan walaupun di dalam rumah. Kenapa? Inilah sebabnya!

Badan yang segar memberi kesan kepada minda

Bila kita jarang keluar rumah, otak kita pun macam tepu. Mood kita pun rasa macam malas-malas. Dengan pakai sesuatu yang cantik di rumah, automatik akan memberikan tenaga kepada kita. Maka, ia juga akan membantu kita untuk mendapatkan idea-idea bernas. Nak lagi jika anda bekerja dari rumah.

Gincu bibir kesukaan tak akan buat anda rasa down

Bila ‘bersiap’ bukanlah maksudnya anda kena pakai kasut tumit tinggi di rumah, Cukuplah sekadar anda pakai baju yang bergosok. Pakailah maskara dan gincu di bibir untuk memberikan anda look yang lebih menawan.

Lebih yakin

Jika anda mempunyai perbentangan kerja online bersama-sama bos. Kemudian anda bersiap kemas seolah-olah anda di pejabat. Sudah tentu anda akan kelihatan lebih yakin untuk membentangkan idea. Bukan itu sahaja, bos anda pasti kagum melihat semangat dedikasi anda terhadap kerja.

Melatih bertanggungjawab

Bila anda nampak kemas, aura anda hebat dan kerja dapat dilunaskan dengan baik. Sudah tentu bos akan tahu anda seorang yang bertanggungjawab  dan tak kisah memberikan tugas besar kepada anda. Ini kerana apa yang anda pakai memberi gambaran terhadap personaliti seseorang.

Berdisiplin

Ia juga mengajar anda untuk berdisiplin. Walaupun bekerja dari rumah, tapi anda dah berada dalam mood kerja. Jadi, no more baju tidur dan melepet atas katil. Anak-anak anda pun tahu waktu itu ibunya sedang bekerja dan tidak boleh diganggu.

Bersiap di rumah banyak memberi kebaikan kepada diri sendiri. Apalagi jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk lebih kreatif. Ingat, anda tak bersiap untuk orang lain, tapi supaya anda lebih segar, bertenaga dan bersedia menghadapi hari anda dengan lebih produktif.

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna