Siap ‘Miming’ Lagu Hindustan! Netizen Lucu Lihat Gelagat Datuk Jaafar Onn Main TikTok

Aplikasi TikTok pada awal tahun 2019 semakin diterima seluruh dunia sehingga ramai yang sudah terpengaruh dengan video-video viral TikTok terutama sekali kalangan remaja yang sentiasa terdedah dengan perkembangan media massa.

Kalau tengok di media sosial pun kebanyakannya benda viral adalah dari video TikTok. Ditambah pula rakyat Malaysia sukakan benda pelik, lagilah mudah tersebar kalau ada video pelik-pelik sikit dari aplikasi tersebut.

Lihatlah kompilasi video TikTok ni sepanjang tahun 2019 dari negara barat ni. Semuanya kreatif tau.

Tapi, bukan itu yang menjadi bualan utama kita, apa yang menarik perhatian kami lagi. Salah seorang pelakon dan pengacara, Datuk Jaafar Onn menjadi bualan ramai di media sosial apabila viral salah satu video TikTok dari akaunnya.

Lihatlah, betapa lucunya bila melihat pelakon otai ni miming lagu hindustan dengan lenggok badan, memek muka dan pakaiannya yang pelik. Macam-macamlah artis sekarang ni.

Sebenarnya bukan satu ni je tau ada. Kalau pergi ke akaun TikTok pelakon berusia 71 tahun ni, ada banyak lagi sebenarnya, kira-kira lebih dari 5 video dan kesemuanya miming lagu hindustan dengan memek muka yang melucukan.

Nak lihat video Jaafar Onn yang lebih mencuit hati? Klik saja disini untuk terus ke profil TikTok miliknya.

Comel betullah Datuk Jaafar Onn ni. Ramai juga terhibur dengan telatah beliau.

Apa pun, jangan kita nak judge, asalkan dia bahagia dan mampu menghiburkan hari-hari kita semua, kira okay lah tu kan? Hiks!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kongsi Gambar Potrait, Netizen Samakan Nora Danish Dengan Pelakon Korea

“Dah 40an Pun Kuat Lagi” – Siti Nurhaliza Tunjuk ‘Skill’ Lari Pecut Lepas Makan Banyak

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter, TikTok

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna