Siap Bertemakan Barbie Dan Hot Wheels Lagi! Jom Bawa Anak-Anak Datang Ke Sini

” Eh rasa dah lama tak bawa anak-anak berjalan, tambah lagi cuti musim sekolah dah nak dekat ni.

Hmm tempat mana sesuai nak bawa mereka eh?”

Sebagai seorang ibu, mesti anda pernah terdetik dalam hati seperti situasi di atas betul tak? Tambah pula sekarang dah nak mula musim cuti sekolah, anak-anak pun mula rasa seronok dan tak sabar untuk menghabiskan cuti mereka dengan aktiviti di luar. Tak perlu risau dah kerana Donna akan berkongsi pada anda semua satu tempat menarik yang tidak asing lagi di Ipoh Perak, iaitu taman tema Lost World of Tambun (LWOT).

Apa yang menariknya, buat kali pertama pihak LWOT bekerjasama dengan dua buah jenama yang cukup terkenal Barbie dan Hot Wheels dan pastinya kolaborasi ini akan menjadikan percutian anak-anak anda semakin hebat! Bagi ibu bapa yang bercadang untuk bawa anak-anak ke sini tak perlu risau tentang keselamatan kerana setiap permainan dijaga rapi oleh pengawal profesional.

Mahukan win-win situation, anda dan pasangan pun boleh honeymoon dekat sini tau jadi tempat ini adalah pilihan yang tepat untuk anda melakukan aktiviti dengan pasangan dan juga anak-anak secara serentak. Nak tengok apa yang anda boleh lakukan di sana, jom keep scrolling!

Cetus Imaginasi Kerjaya Pada Anak-Anak –You Can Be Anything’

Hot Wheels – Challenge Accepted

Bila lagi nak semarakkan semangat dan tahap keyakinan dalam diri anak-anak kalau bukan pada musim cuti sekolah? Dengan adanya permainan di trek lumba mereka dapat merasai sendiri cabaran dan halangan yang bakal di tempuh dan berpeluang untuk memenangi hadiah premium dari Hot Wheels!

Awesome Holiday, Time To Play! 

Jadi jangan lepaskan peluang untuk bawa anak-anak anda, ke taman tema yang menjadi lokasi ideal dan sesuai buat seisi keluarga. Ia akan mula berlansung pada 23 November sehingga 31 Disember 2019. Nak tahu maklumat dengan lebih lanjut anda boleh layari ke laman web sunwaylostworldoftambun.com.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Percutian Paling Santai! Dah Sampai Melbourne Wajib Singgah 5 Tempat Menarik Ni

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna