Si Pipi Merah Peneman Ulangtahun Kelahiran Ke-40 Datuk Seri Siti Nurhaliza

Tanggal 11 Januari pasti diingati oleh semua peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di seluruh dunia bagi meraikan ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada hari ini.”

Tidak keterlaluan untuk mengatakan tarikh tersebut merupakan momen keramat buat semua peminat figura kesayangan negara itu yang menjangkau usia sebagai seorang wanita berumur 40 tahun pada tahun 2019.

Bergelar penghibur ternama, hari kelahiran empunya diri bernama Siti Nurhaliza sentiasa diingati oleh sebilangan besar peminatnya. Sebagai kelazimannya juga, pada setiap tahun tentu sahaja ada majlis untuk meraikan selebriti kesayangan ramai dianjurkan oleh ahli keluarga, rakan-rakan terdekat, kelab peminatnya, dan ramai lagi.

Lebih mengujakan sambutan ulangtahun penyanyi kelahiran Kuala Lipis ini pasti memberi kelainan pada tahun ini kerana dimeriahkan lagi dengan kehadiran permata hati kesayangan si pipi merah Aafiyah.

Kami di Donna ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Sempena ‘birthday’ Siti hari ini jom imbas kembali foto kenangan antara Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama anak kesayangannya Siti Aafiyah.

 

 

 

Sumber Foto: Instagram CTDK

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna