Si Manja Tak Nak Makan? Pujuk Mereka Dengan Hidangan Piza ‘Snowman’

Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak yang memilih makanan, pasti agak mencabar untuk diri anda memujuk mereka makan. Lebih-lebih lagi bila menjadi ibu yang bekerjaya, lagilah mencabar bila mencari makanan yang berkhasiat, menarik dan mudah untuk disediakan.

Jadi, untuk memastikan si manja bersemangat makan makanan yang berkhasiat yang mudah disediakan. Apa kata, ibu-ibu cuba cara kreatif ketika menghidangkan makanan dengan menggunakan cara Donna yang comel dan mudah ini. Piza Orang Salji!

Bahan-bahan;

  1. Roti burger
  2. Sos piza
  3. Keju mozarella
  4. Buah zaitun hitam
  5. Cili banggla (atau bahan-bahan yang si manja suka yang sesuai untuk piza)
  6. Serbuk cili

Cara masakan;

  1. Panaskan ketuhar, 350°C
  2. Sapukan sos piza di atas kedua-dua permukaan roti beger.
  3. Taburkan keju mozarella mengikut sebanyak mana yang si manja suka.
  4. Susun cili banggla dan buah zaitun hitam yang sudah dihiris mengikut kerativiti anda.
  5. Masukkan piza anda ke dalam oven yang sudah dipanaskan selama 15 minit. Jika si manja sukakan keju yang betul-betul cair, biarkan sehingga keju mozarella betul-betul cair dan masak.

Mudah saja kan? Hanya lima langkah, piza orang salji sudah siap untuk di hidang atau dibekalkan kepada si manja. Oh! Donna ada beberapa tip untuk anda ketika masak piza ini, anda boleh baca tip di bawah. Selamat mencuba!

Tip;

Jika menggunakan oven, pastikan anda panaskan oven terlebih dahulu dengan 350°C. Kemudian, barulah bakar piza orang salji anda di dalam oven selama 10-15 minit sehingga keju mozarella cair. Tapi, kalau sukakan keju yang masak sehingga keju bertukar warna coklat, tinggalkan 20-30 minit.

Jika menggunakan ketuhar, pastikan bakar roti buger terlebih dahulu dan panaskan ketuhar 15 saat. Kemudian barulah masukkan piza orang salji ke dalam ketuhar.

Donna yakin, si manja pasti suka lagi-lagi bila nampak bentuk dan warna yang menarik. Selamat mencuba!

 

 

 

Sumber: the best ideas for kids 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna