Si Kecil Suka Sepah Rumah Tanda Anak Bijak

Baru sahaja 10 minit anda siap mengemas permainan anak-anak atau bilik tidur mereka, sekejap sahaja dah bersepah balik.”

Ini pengalaman biasa yang setiap ibu bapa akan alami. Kadang-kadang rasa macam malas nak kemas langsung. Kalau kemas, sama sahaja bersepah semula dalam beberapa saat sahaja. Jangan stres dan terlampau memikir tau, si kecil yang suka sepahkan rumah menandakan anak anda normal. Bersepah bukan bermaksud pengotor ya! Ramai juga pakar kanak-kanak yang mengatakan anak kecil yang suka sepahkan barang menandakan perkembangan minda mereka digunakan sepenuhnya. Ada benarnya juga mengapa si kecil yang dikaitkan dengan tabiat suka buat sepah ini dengan tanda anak bijak.

Sumber Foto: 123rf

Ketika membuat sepah selalunya si kecil sedang galak bermain dan mencetuskan pelbagai idea menarik yang mungkin tak pernah terlintas di fikiran anda. Mereka akan merasa, memegang, menggengam dan membaling sekadar menambahkan maklumat serta kefahaman tentang dunia sekeliling. Itu adalah proses pembelajaran yang terbaik. Jangan halang jika mereka ingin belajar meneroka benda baru.

Si kecil yang berpeluang untuk membuat sepah mempunyai kelebihan dalam membuat keputusan sendiri kerana mereka tahu apa yang mereka inginkan. Ini adalah salah satu perkara asas yang perlu diterapkan dari kecil dan membantu apabila dewasa kelak. Bijak membuat keputusan sendiri dianggap lebih berkeyakinan dan berkebolehan untuk memberi idea baru.

Sumber Foto: 123rf

Seringkali apabila barang permainan disepahkan, maka anak kecil dapat mempelajari atau mengingati sesuatu yang baru melalui akibat yang akan terjadi. Contoh seperti terpijak mainan yang tajam dan menyakitkan, maka mereka akan lebih berhati-hati akan datang. Atau memusnahkan binaan permainan yang telah disusun, akibatnya mainan tersebut rosak. Oleh itu, permainan seterusnya akan lebih disayangi kerana dikhuatiri rosak dan dimarahi anda.

Sumber Foto: 123rf

Adakalnya si kecil menyepahkan permainan kerana cuba mengubah susunan asal dan menjadikannya lebih menarik melalui idea yang timbul secara spontan. Proses seperti inilah yang dapat membantu anak kecil belajar lebih banyak perkara dari hari ke hari.

Walaupun ia petanda yang baik dan bagus, sebagai ibu bapa anda praktikkan juga keseimbangan dengan mendidik anak-anak cara menjaga kebersihan dan mengemas mainan agar tidak menyebabkan kecederaan jika barang mainan bersepah-sepah.

 

Sumber: siraplimau

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna