Si Kecil Sakit Atau Hanya Alasan Untuk Tidak Ke Sekolah, Jom Siasat!

Kalau anda rasa anda dulu hebat bagi alasan sakit untuk tidak ke sekolah, budak zaman sekarang lagi terer tau…”

Macam-macam idea yang diberi, daripada pening kepala hinggalah ke sakit perut. Bukan apa, kadang-kadang ada penyakit yang sukar untuk kita tahu sama ada ia benar atau sekadar alasan untuk tidak ke sekolah. Sebelum bawa mereka berjumpa doktor, mungkin anda boleh lakukan ini untuk menyiasat perkara sebenar..

Sumber Foto: Advancepediatricassociate.com

Kumpul bahan bukti

Siapa kata anda tidak boleh menjadi penyiasat ha! Siapkan diri anda dengan dua alatan mudah untuk mengumpul bahan bukti tentang kesihatan anak anda: termometer dan lampu suluh kecil. Petua tradisional yang menyuruh meletakkan tangan di dahi tidak berkesan. Tangan anda hanya boleh merasakan suhu di kawasan luaran dahi. Tetapi anda ingin memeriksa sama ada anak anda mempunyai peningkatan suhu badan atau demam.

Membalut dengan selimut atau meletakkan botol air panas di dahi boleh menjadikan anak anda menjadi panas. Tip ini mungkin digunakan untuk menipu anda. Perkara sebegini tidak akan meningkatkan suhu badan anak anda. Doktor merujuk kepada demam adalah apa sahaja yang tinggi daripada 38 darjah celsius. Mereka tidak mempedulikan tentang suhu rendah (mungkin sekolah tidak). Anak anda sepatutnya mempunyai suhu yang normal tanpa mengambil sebarang ubat melegakan demam seperti acetaminophen atau ibuprofen dalam 24 jam.

Lampu suluh kecil boleh digunakan untuk melihat ke dalam mulut anak anda. Arahkan mereka untuk berkata “Ahh”. Ini akan membantu menekan lidah ke bawah untuk melihat kepada tonsil. Sekiranya anak anda mempunyai tompokan putih atau lelehan putih di belakang tekak, mereka mungkin sakit. Ia tidak bermakna anak anda mempunyai strep kerana anda perlu menjalankan swab, tetapi ia masih tidak normal.

Sumber Foto: DevelopingMinds

Cuba dekati anak

Jika anda tahu anak anda yang sebenarnya mengada-adakan cerita hanya untuk tidak ke sekolah, ini bukan perkara yang baik. Cuba selidik sebab utamanya dia berbuat demikian. Kadang-kala ada sesuatu yang mungkin membuatkanya takut, risau atau gelisah tentang sesuatu yang berlaku di sekolah. Sebagai ibu bapa, ada wajib siasat apa yang sebenarnya terjadi kepada anak anda. Pendakatan ini perlu agar mereka tidak lagi menambah cerita seakan diri mereka sakit untuk tidak ke sekolah selepas ini.

Sumber Foto: FoodReaserchAndActionCenter

Anda bukan doktor!

Ha, awal-awal lagi Donna ada cakap langkah di atas hanyalah langkah awal pemeriksaan sebelum berjumpa dengan doktor sebenar. Setelah melakukan pemeriksaan awal ke atas anak, dan anda masih mempunyai perasaan ragu-ragu dan tidak pasti, bawalah mereka berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih rapi. Namun, jika keadaan mereka tidak membimbangkan, biarlah mereka berehat dahulu di rumah dan pantau keadaan mereka.

Jika mereka kembali sihat dan bertenaga selepas sejam berehat, silalah hantar mereka kembali ke sekolah walaupun sudah terlewat. Mereka mungkin tidak akan menyukainya, namun tugas anda sebagai ibu bapa untuk tidak memaksa sebaliknya gunakan pendekatan yang lebih lembut dan cuba nasihati anak agar mereka pergi ke sekolah dengan rela hatinya, bukan paksaan.

 

 

 

 

 

 

Sumber : Hellodoktor

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna