Showcase 30 Minit, Dayang Nurfaizah Hiburkan Peminat Pada Raya Kedua!

Fuh! Berita baik buat kita semua, terutama buat peminat penyanyi hebat, Dayang Nurfaizah kerana dia bakal menghiburkan raya kedua anda dengan alunan suaranya yang lunak walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Eh! Biar betul ni? Bukan ke tak boleh berkumpul? Jangan risau kerana Dayang akan membuat showcase menggunakan telefon pintar mudah alih dan anda semua boleh tonton siaran langsung dari rumah je. Ha, bukan senang tau!

Showcase dari rumah…

“Saya faham dengan kekangan pandemik Covid-19 dan beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang dilalui oleh rakyat Malaysia membuatkan semua orang berjaga-jaga. Malah, ramai yang memilih untuk duduk di rumah dan bertepatan dengan itu juga membuatkan saya mengadakan showcase ini agar mereka boleh saksikan dari rumah,”

Dia turut menambah bahawa ini adalah showcase secara virtual buat pertama kali dan dia berharap peminatnya tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan dia menyanyikan lima buah lagu nanti pada 25 Mei jam 4 petang di saluran YouTube Indigital Music dengan kerjasama Hotfm dan Donna.

Dayang bawa lima buah lagu…

Antara lagu yang bakal Dayang nyanyikan menerusi showcase selama 30 minit adalah…

  1. Di Pintu Syurga
  2. Tak Pernah Menyerah
  3. Lelaki Teragung
  4. Separuh Mati Ku Bercinta
  5. Lagu raya

Bukan senang ye nak dengar permata industri seni menyanyikan lagu secara percuma. Jangan lupa okay raya kedua nanti, ihiks!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Soal Lagu, Dayang Nurfaizah Tak Nak Main Tangkap Muat

317 Budak Positif COVID-19 – Perlu Ke Bawa Anak Beli Baju Raya?

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna