Shila Amzah Kongsi Padah Pakai Tumit Tinggi Ketika Kandungan Hampir 9 Bulan

Kalau sebelum ni tular sebuah video penyanyi Shila Amzah di pentas pencalonan Anugerah Muzik-Muzik kerana lontaran vokal yang sangat bagus walaupun sedang sarat mengandung hampir 8 bulan. Kini lain pula ceritanya…

Apalah puteri sulung ND Lala ni buat? Menerusi laman Instagram pelantun lagu Tiada Dirimu ini, dia telah bantu memeriahkan majlis kahwin rakan baiknya dengan menjadi barisan bridesmaid.

Sedang perut membesar, sempat lagi jadi bridesmaid tu, aduhai…

Kesan dari pengorbanan demi memeriahkan majlis salah seorang rakan baiknya, Shila membuat perkongsian kakinya yang bengkak teruk selepas memakai kasut tumit tinggi sepanjang majlis berlangsung.

Fuh! Bengkak teruk…

Rata-rata netizen risau  dengan keadaan kaki Shila yang membengkak teruk tapi, menerusi posting lagi satu, dia telah menjelaskan kepada pengikutnya bahawa kesihatan dia dan kandungannya tiada apa yang berlaku.

Malah doktor mengatakan bayi dalam perut sihat dan aktif. Lagipun, selesai saja majlis tersebut suaminya terus membantu mengurut kakinya yang membengkak. Nasib baik ada suami yang memahami.

Kuat betul Shila ni sampai kandungan perut dah nak masuk 9 bulan pun boleh redah pakai tumit tinggi. Lepas ni, bawa berehat ye Shila. Semoga urusan bersalin, segalanya dipermudahkan.

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel di sini: Bila Tak Boleh Hidup Tanpa ‘Heels’ Ini Padahnya! , Tengah Sarat Mengandung Pun Suara Sedap Vokal Shila Amzah Tak Berubah

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna