Sheikh Muszaphar Shukor Kongsi 5 Tip Bila Bawa Si Manja Solat Terawih Ke Masjid

Usai saja Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Dato’ Seri Syed Danial bin Syed Ahmad mengisytiharkan seluruh umat Islam sudah boleh mula menunaikan ibadat puasa pada 6 Mei bersamaan Ramadan 1440 Hijrah, secara tidak langsung solat sunat terawih dilakukan pada malam tersebut.

Sudah menjadi resam dalam masyarakat umat Islam di mana si ayah atau ibu membawa si manja pergi ke masjid untuk mendirikan solat sunat bersama dengan para jemaah yang lain. Tapi, biasalah kalau dah bawa budak-budak pasti mereka akan menangis, menjerit-jerit, berlari-lari sampai mengganggu ketenteraman jemaah lain sedang solat.

Tapi semalam, angkasawan negara Malaysia, Sheikh Muszaphar Shukor telah memuat naik sebuah video di Instagram miliknya. Video tersebut menunjukkan gelagat dua orang anak lelakinya ketika berada di masjid semasa beliau menunaikan solat sunat terawih.

Nasib baik anak kembarnya pandai jaga diri walaupun berusia setahun lebih. Mesti ramai para ibu tertanya-tanya bagaimana Sheikh Muszaphar mengawal dua orang anaknya yang masih kecil? Menerusi kapsyen pada posting tersebut, beliau telah membuat perkongsian mengenai panduan bila bawa anak  kecil ke masjid.

View this post on Instagram

Video – Solat Tarawih with the Boys Surprisingly the boys were well behaved today . Adam & Noah just stood next to me during prayers . Alhamdulillah … 5 tips on bringing your young child for Solat Tarawih … 1. Be prepared Bring milk , diapers , their favourite toys along . You might never know when you need them . 2. Find a corner Solat right to the very end so that your child doesn’t disturb others. 3. Be aware of your child Never let your child wonder alone thinking the place is safe . 4. If a child continues crying, take them out and find out why . The child may be hungry or need diaper change . Don’t let the child continue crying as it will disturb others .Continue your Tarawih once they are okay . 5. Well fed the child before coming to the Masjid . If they sleep next to you , so be it . That’s okay . Bringing your child for Solat Tarawih is a good practice for them. They learn from others . But be sure not to disturb others who are performing their Solat . Just sharing . Good Night Everyone . Love As Always .

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Antara perkongsian beliau adalah…

  1. Sentiasa bersiap sedia. Misalnya membawa lampin pakai buang, susu atau bawa mainan kegemaran mereka.
  2. Cari sudut hujung supaya si kecil tidak menganggu orang lain untuk mendirikan solat sunat terawih.
  3. Sentiasa awasi si manja supaya tidak pergi ke tempat yang tidak selamat.
  4. Sekiranya mereka menangis, bawa mereka keluar dari masjid dan cuba tenangkan mereka supaya tidak menganggu ketenteraman orang lain. Sambung solat semula bila mereka tak menangis lagi.
  5. Pastikan mereka sudah kenyang sebelum ke masjid. Kalau mereka tidur di masjid, biarkan saja sebab ia proses pembelajaran awal bagi mereka untuk mendirikan solat.

Nampak mudah tapi sebenarnya sangat menguji kesabaran para ibu bapa untuk mengawal si manja. Yang penting, elakkan anak anda menganggu orang lain yang sedang mendirikan solat. Selamat beribadat!

 

 

 

Sumber: instagram Dr Sheikh Muzaphar Shukor

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna