Setiap Hari Tidur Bersama, Wanita Berhasrat Kahwini Selimut

Tidur yang nyenyak ditemani selimut yang selesa memang membahagiakan.”

Lagi-lagi jika cuaca sekeliling berada pada suhu yang rendah. Selimut mampu menghangatkan badan selain menjadi pelindung daripada digigit serangga seperti nyamuk. Ada sesetengah orang memiliki selimut kegemaran yang perlu dibawa ke mana sahaja agar tiada gangguan tidur.

Seorang wanita di Britain menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan sehelai selimut selepas mendakwa ia adalah hubungan yang paling intim dan boleh dipercayai. Oleh kerana dia dan selimutnya sentiasa bersama ketika waktu tidur. Wanita bernama Pascale Sellick itu menganggap selimutnya itu adalah pasangan yang paling serasi untuk bersama.

Sumber Foto: Instagram Pascalesellick

Dia sangat teruja dengan perkahwinan tersebut seperti yang diberitahu dalam laman sosialnya beberapa hari lepas. Pascale telah bertemu dengan seorang perancang perkahwinan daripada WooHoo Art Events dan meminta bantuan mereka agar memastikan majlis perkahwinan antara dia dan selimut itu diadakan secara mewah dan sempurna.

Sumber Foto: yahoo.com

Majlis perkahwinan itu akan diadakan di ruang terbuka Rougemont Gardendi sekitar bandar Exeter disusuli dengan satu parti lain di kafe The Glorious Art House di Jalan Fore pada bulan Februari nanti.

Sumber Foto: yahoo.com

Pascale bercadang untuk memakai baju tidur dan berselipar pada hari perkahwinannya. Dia turut mengedar kad jemputan secara terbuka kepada sesiapa yang mahu meraikan hari tersebut bersamanya. Tetamu yang hadir diwajibkan memakai pakaian mengikut tema seperti baju tidur dan selipar. Mereka juga dibenarkan membawa patung beruang atau botol air panas jika cuaca sejuk.

 

 

 

Sumber: timesnownews.com

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna