Setiap Ciuman Suami Ada Maksud Tersirat Yang Anda Patut Tahu

” Okay abang pergi kerja dulu… muahhh!”

Wah-wah bagi pasangan yang dah berkahwin ni memang indah rasanya jika pasangan anda mengekpresikan rasa sayang dengan ciuman. Mesti hati rasa berbunga-bunga dan bahagia je setiap hari. Mungkin ada setengah pasangan menjadikan ia sebagai amalan untuk merapakatkan lagi hubungan dalam rumah tangga, tapi anda tahu tak sebenarnya setiap ciuman suami itu ada maksud tersirat yang mungkin anda tidak sedar dan fahami sebelum ini.

Setiap lelaki mempunyai cara yang berbeza untuk menunjukkan kasih sayangnya terhadap isteri, jadi kalau anda nak tahu apa yang dimaksudkan oleh pasangan anda sebaik sahaja mereka mencium, jom lihat perkongsian ini di bawah! Lepas ni turn anda pula dekat suami pasti mereka suka hiks!

Image result for cium di dahi

Sumber: cintaihidup

Ciuman Pada Dahi

Cuba share apa yang anda rasa bila suami beri ciuman pada dahi? Mesti terasa debaran seakan-akan seperti kali pertama dikucup sewaktu diijab kabul. Haa, ciuman ini sebenarnya memberi makna pasangan berasa bahagia dan sangat sayang pada anda. Betapa kasihnya mereka, sehingga ciuman tersebut memberi makna bahawa si dia akan menjaga anak sebaik-baiknya.

Related image

Ciuman Dari Belakang

Pernah tak anda tengah kerja di rumah atau memasak di dapur, suami beri kejutan dan cium dari belakang? Alahai sweetnya! Kalau anda nak tahu sebenarnya suami anda sedang merindui dan mahu memahami tentang kemahuannya pada ketika itu. Ciuman ni memang cukup romantis tau, anda pun boleh praktikkan pada suami.

Image result for husband kiss hand

Sumber: mission

Ciuman Pada Tangan

Kebiasaanya anda akan mencium tangan mereka sebelum pergi kerja betul tak? Tapi jika suami mencium tangan anda ia bermakna bahawa pasangan anda menghormati isterinya. Ini kerana si dia cuba menunjukkan betapa dia sangat menyanjungi dan hargai orang yang paling istimewa dalam hidup mereka.

Image result for cium di dahi

Sumber: pesonapengantin

Ciuman Di Bibir

Ciuman cinta siapa yang tak nak? Anda perlu tahu kadangkala lelaki akan mencium anda di bibir untuk menyatakan bahawa si dia amat mencintai anda sepenuh hati.

Amalan ini bukan hanya berdasarkan nafsu semata, tapi ia akan membuatkan lagi hubungan anda dan pasangan semakin hangat dan lebih mesra. So tunggu apa lagi, cuba share artikel ini pada suami mana tahu si dia sukakannya!

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Tanpa Suntikan Dan Pembedahan, Guna Cara Paling Selamat Hilangkan Kedutan

 

 

 

Sumber: pesona

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna