Setiap Anak Ada ‘Superpower’ Tersendiri. Ibu Bapa Jangan Mudah Rasa ‘Down’

Pernah terfikir tak yang ramai budak-budak zaman kini semakin bijak dan cepat matang. Sejak umur sekecil 2 tahun ada yang sudah petah menguasai dua bahasa seperti berbahasa Ingeris dan Melayu. Persaingan sengit tersebut membuatkan ibu bapa cepat panik sekiranya anak mereka ketinggalan ke belakang. Bila dah panik, mulalah tekanan diberikan kepada si anak yang masih kecil dan akhirnya bakal membuatkan mereka stres.

Tidak semua anak adalah sama dan masing-masing mempunyai potensi tersendiri yang harus digilap oleh ibu bapa sendiri sejak dari kecil. Realitinya, akademik sahaja tidak mampu menjamin masa depan yang cerah. Bakat lain seperti softskill, berkomunikasi, bekerja secara berkumpulan adalah penting untuk mereka. Bagaimanapun bukan mudah untuk mencari potensi terpendam tersebut.

Cari Potensi Anak

Cuba dedahkan anak dengan pelbagai perkara yang sesuai dengan umurnya. Sebagai contoh, jika anak minat mengetuk-ngetuk alat permainan, cuba dedahkannya dengan alatan muzik. Dan sekiranya reaksi yang diberikan positif, ibu bapa perlu bimbing mereka agar bakat tersebut dapat digilap lagi.

Kebiasaannya kanak-kanak akan menunjukkan tahap kecenderungan yang tinggi terhadap perkara atau kemahiran yang selari dengan minat mereka. Sebab itulah, kadang-kala anda akan perasan tahap perkembangan anak anda akan lebih cepat dan maju berbanding kanak-kanak lain jika mereka melakukan perkara yang mereka minati.

Namun, kecenderungan ini akan berubah-ubah mengikut peringkat umur mereka. Jika minggu ini mereka sukakan alat muzik, mungkin sahaja 2 minggu lagi minat mereka berubah ke arah yang lain seperti melukis atau menyanyi. Dari sini ibu bapa memainkan peranan penting untuk sentiasa memerhati dan explore minat serta bakat yang ada pada si kecil agar mereka juga mampu menjadi seorang ‘Superhero’ yang mampu membuatkan anda bangga. 

Gundala, Superhero Terdidik Dari Kecil

Kesusahan yang terpaksa ditempuh sejak dari kecil hingga ke alam dewasa mengajarnya tentang erti sebenar kehidupan. Sancaka lakonan Abimana Aryasatya hidup keseorangan setelah ditinggalkan oleh ibu bapanya. Siapa sangka keajaiban berlaku apabila Sancaka disambar petir menjadikan beliau memiliki kuasa luar biasa menggunakan tangannya.

Filem berkonsepkan superhero ini kebanyakkannya dipertontonkan di negara barat dan ternyata mendapat sambutan hebat daripada penonton di seluruh negara. Kini Indonesia, mereka juga menyahut cabaran dengan mengeluarkan filem superhero yang tersendiri.

Filem Gundala ini merupakan satu-satunya filem dari Asia Tenggara yang dimainkan di Midnight Madness Toronto International Film Festival (TIFF 2019), sebaris dengan filem-filem hebat antarabangsa seperti Joker dan Knives Out.

Menariknya, filem ini turut dibintangi pelakon, penulis dan pengarah berbakat dari Malaysia, Bront Palarae sebagai watak antagonis.

Gundala bukanlah yang terakhir kerana, selepas ini, Bumilangit Studios akan menerbitkan filem-filem susulan Jilid 1 iaitu, Sri Asih, Godam & Tira, Si Buta Dari Gua Hantu, Patriot Taruna dan Mandala Golok Setan.

Jom tonton trailernya dulu:

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Gundala di pawagam Malaysia bermula 26 Disember 2019. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber gambar: Google

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna