Sesuai Ke Wanita Berusia Pakai Turban?

Zaman sekarang ni kalau orang makan pedas, kita pun sibuk nak try. Haa samalah juga dengan peredaran fesyen pada masa kini tambah lagi bagi kaum wanita, pantang nampak orang lain pakai sesuatu yang cantik dan unik anda pun turut terjebak. Tak dapat dinafikan ramai yang mengubah penampilan daripada tudung biasa kepada gaya turban yang semakin menjadi pilihan.

Kalau lihat artis seperti Neelofa dan Yuna menggayakan turban memang letops habis! Tapi sesuai ke bagi wanita yang dah berusia ni mengenakan gaya seperti mereka. Jangan tangkap muat je, silap-silap anda sebenarnya dalam fasa fashion crime!

Image result for yuna wear turban

Sumber: abouther

Anda perlu tahu bahawa pemakaian turban ni sangat sesuai bagi yang baru mula berjinak untuk bertudung. Ini kerana kebiasaanya  anda akan sering ada masalah untuk mendandan rambut jadi dengan adanya turban yang mempunyai tali ikatan panjang ia akan memudahkan anda untuk menggayakan mengikut style masing-masing. Pemilihan fabrik dan warna juga penting bagi wanita yang sudah berusia, elakkan untuk memakai warna yang terang kerana ia lebih sesuai bagi golongan remaja.

Image result for neelofa wear turban

Sumber: pinterest

Fabrik satin dan warna pastel membuatkan anda lebih tampak elegant dan sopan. Jadi penting untuk anda menitikberatkan setiap perincian yang anda ingin gayakan. Bagi yang berhijab tiada masalah untuk anda memakai turban, tapi diingatkan untuk memakai inner turtle neck bagi menutup bahagian leher.

Haa jadi tidak kira lah sama ada wanita muda atau berusia nak menggayakan turban tapi before that kena pastikan adakah ianya sesuai dengan personaliti ataupun tidak. Jangan tangkap muat je!

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna