Seronok! Antara Artis Malaysia Yang Berjaya Menjejak Kaki Ke Rumah Allah

Mengerjakan umrah dan haji adalah impian setiap umat Islam. Siapa tak nak pergi rumah Allah kan? Mengerjakan salah satu ibadah rukun Islam yang kelima. Bagi yang belum lagi berkemampuan, jangan mudah putus asa untuk berusaha untuk ke sana.

Biasalah bila tiba hujung tahun, ramai yang merancang ke Mekah untuk mengerjakan haji atau umrah tak kira bersama keluarga, ibu bapa, anak atau secara solo. Dalam artikel ini, kami senaraikan antara artis yang berjaya menjejak kaki ke Mekah.

Amyra Rosli dan Amar Baharin

Mereka berdua mengerjakan umrah pada awal November bersama anak sulungnya, Aqeef Anaqi dan cahaya mata kedua yang masih dalam kandungan.

Eina Azman dan keluarganya

Pelakon Eina Azman bersama keluarga kecilnya pergi ke Mekah pada pertengahan November lalu. Apa yang membanggakan lagi, mereka membawa pembantu rumah mereka sekali.

Aaron Aziz dan keluarga

Pelakon Aaron Aziz bersama kesemua keluarganya pergi menjejakkan ke Mekah pada hujung November. Bestnya!

Fizo Omar

Selepas je selesai menjalani kehidupan solo, Fizo Omar mengambil keputusan untuk ke mekah. Apa pun, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Umie Aida dan suami

Pelakon legenda, Umie Aida yang sudah lama mendiamkan diri dalam dunia hiburan. Pada tahun ini, dia telah mengerjakan umrah dan haji. Semoga dapat haji mabrur.

Mira Filzah

Walaupun belum lagi berumah tangga tapi rezeki pelakon Mira Filzah pergi bersama keluarganya ke Mekah pada awal tahun 2019.

Apa pun, kepada mereka yang dah menjejakkan kaki di sana akan mendapat sesuatu yang bermakna untuk diri mereka.

Untuk bacaan yang lebih menarik lagi, klik saja senarai artikel berikut:

 Buat Kali Pertama Ke Umrah Ini ‘Checklist’ Yang Perlu Disediakan Bagi Jemaah Wanita ,

Kajian Membuktikan Kesihatan Mental Anak-Anak Lebih Terjamin Jika Ada Adik-Beradik

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna