“Sering Marah, Sedih Berterusan” Ibu Bapa Kena Peka Anak Mungkin Ada Gangguan Mental

Kalau sebut kesihatan mental, biasanya kita akan cakap tentang orang dewasa. Tapi tahukan anda, sebenarnya anak-anak juga berpotensi mengalami masalah seperti ini. Kitalah yang kena peka dengan persekitaran dan perubahan yang dialami anak-anak.

Sebuat statistik yang dikeluarkan oleh Penaung Befrienders Kuala Lumpur, Tan Sri Lee Lam Thye ternyata mengejutkan. Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, sejumlah 424,000 kanak-kanak didapati bergelut dengan isu kesihatan mental.

BACA: Tahap ‘Chaos’ Di Awal Pandemik, Efek Sakit Mental

Sumber: childrenindisasters

Ini sesuatu yang membimbangkan kita semua dan isu ini perlu ditangani dengan betul kerana kanak-kanak adalah masa depan dan harapan kita. Bila ibu bapa dapat atasi perkara ini sejak awal, maka bantuan juga dapat diberikan dengan lebih cepat.

Apa nak buat?

Ibu bapa kena latih anak-anak untuk meluahkan apa yang mereka rasa. Apa yang buat mereka tak selesa atau kesukaran mereka.

Kanak-kanak mengalami banyak perubahan dalam hidup mereka seperti pergi ke sekolah baharu, berjumpa rakan baharu dan semua ini boleh menyebabkan mereka berasa tertekan atau cemas apatah lagi pada waktu ini apabila mereka perlu diajar mengenai normal baharu di sekolah.

via GIPHY

Tanda-tanda

Kanak-kanak yang mengalami tekanan biasanya akan menunjukkan beberapa tanda. Tnada yang biasa ialah:

  • kesedihan atau kebimbangan yang berterusan
  • sering marah-marah
  • bertindak agresif
  • hilang minat terhadap perkara yang sebelum ini disukai
  • perubahan dalam prestasi akademik
  • mengelak atau ponteng sekolah
  • mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan
  • perubahan dalam tabiat makan dan tidur
  • mencederakan diri sendiri
  • bercakap mengenai kematian atau bunuh diri

BACA: Siapa Sangka Rupanya Rupanya Ada Rahsia Besar Kenapa Ayah Kena Bagi Anak Kereta Mainan!

Jika anda rasa anak anda mengalami tanda-tanda di atas, jangan risau. Jika anda bertindak segera, segalanya boleh diatasi sewajarnya.

via GIPHY

Mintalah bantuan pakar jika perlu seperti Befrienders KL. Hubungilah mereka di talian bantuan 24 jam mereka di 03-7627 2929. Anda dan anak kesayangan anda tidak perlu mengharungi episod ini sendirian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna