Seri Pengantin Baru! Terserlah Wajah Gembira Bella Dally Bersama Suaminya

Hai mesranya nampak! Siapa tak kenal pelakon cantik kelahiran Sabah iaitu  Nabilah Ali Dally atau lebih manis dikenali sebagai Bella Dally kini sudah bergelar seorang isteri kepada ahli perniagaan iaitu Arif Izuddin. Perkahwinan kali ini pasti amat bermakna buat Bella kerana terserlah kegembiraan pada wajahnya di mana rata-rata netizen turut memberi komentar yang positif pada gambarnya di Instagram bersama Arif.

Sumber: Instagram

Ini reaksi netizen sebaik sahaja Bella memuat naik gambar mesranya bersama Arif yang mendapat perhatian netizen.

Netizen turut perhatikan senyuman Bella berbeza daripada sebelum ini, terpancar wajah kegembiraan apabila Bella bersama suaminya.

Tidak ketinggalan rakan artis iaitu Hanez Suraya turut memberi comment yang mendoakan kebahagiaan Bella dan Arif hingga ke Jannah.

 

Kemesraan yang terjalin antara Bella dan Arif menambahkan lagi seri wajah Bella sehingga netizen membanjiri ruang komen dengan memberi kata-kata yang positif. Apa-apa pun Donna harap agar Bella dan suami dapat melayari alam perkahwinan dengan bahagia dan tak sabar nak tunggu junior Bella!

 

 

 

 

Tags:
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna