Senyap Tak Bermaksud Sombong, Ini ‘Trick’ Nak Cepat Klik Dengan Orang

Normal bagi kita untuk kecoh dengan orang yang kita rapat. Tapi bila berhadapan dengan orang yang kita tak kenal, terus bertukar jadi senyap. Mulut berat nak bersuara macam ada emas di dalam itu.Apabila ada majlis yang anda hadiri, anda akan duduk di sudut paling belakang sambil membelek gambar kucing di Instagram.

Jangan risau, ini berita baik untuk anda! Walaupun mereka di luar sana sangat berbakat untuk klik (connect) dengan sesiapa sahaja, tapi banyak lagi orang seperti kita yang mendapati begitu sukar untuk mendekati orang lain.

Jadi, sebelum orang lain tuduh anda sombong atau ketagih kepada gajet, ini yang anda boleh lakukan.

via GIPHY

Mulakan bercakap

Ada banyak cakap-cakap yang akan muncul di kepala anda sehingga menyebabkan anda membatalkan hasrat untuk memulakan perbualan dengan mereka yang tidak dikenali.

“Aduh, kalau aku tegur tapi dia jeling macam mana? Macam mana kalau dia awkward lepas tu diam?”

Namun percayalah, sebenarnya apa yang anda perlukan ialah perkataan pertama. Sesudah itu semuanya akan mengalir dengan lancar. Mana tahu orang yang anda tegur itu pula memang jenis peramah. Dia hanya menunggu seseorang untuk berkata ‘hai’. Jangan terkejut kalau anda tiba-tiba boleh bercakap sehingga 3 jam lamanya.

Kena positif

Pastikan apa yang  keluar dari mulut anda ialah sesuatu yang positif. Contohnya apabila anda  menghadiri majlis perkahwinan kemudian anda mengkritik pengantin tidak sepadan. Jangan terkejut kalau-kalau orang yang anda tegur itu ialah abang kepada pengantin itu. Sebab itulah jangan bersangka dan berkata buruk tentang orang lain.

via GIPHY

Soalan gaya open ended

Cara anda bertanya pun memainkan peranan. Tanyalah soalan yang mudah dan ringkas. Ini kerana kalau anda tanyakan soalan yang susah, maka anda akan dapat jawapan yang pendek. Mungkin anda boleh mulakan perbualan dengan soalan seperti

“Awak rasa okey tak persembahan tadi?” “Cantik kan baju pengantin itu?”

Biarkan mereka berhenti sejenak dan berfikir. Kemudian mereka pasti akan memberikan respon yang menarik sesudah itu.

Cari persamaan

Kita semua pernah berada dalam situasi apabila kita ditempatkan di sebelah orang yang tak pernah kita kenali dan mungkin tidak mempunyai apa-apa persamaan dengan kita. Maka perhatikan persamaan kalian.

via GIPHY

Bukankah berada di majlis yang sama adalah persamaan yang sangat ketara? Maka mulakan perbualan anda berkenaan tempat tersebut. Kalau anda berdua sedang menghadiri seminar, apa kata anda berbual mengenai penceramah atau apa yang anda fikir mengenai pembentangan tersebut.

Senang kan? Tak payah susah nak fikir dalam sangat. Anda hanya perlu beranikan diri dan berbual. Kalau dia tak layan, tak ada masalah. Anda boleh bertegur sapa dengan orang lain. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

Sumber: Tedtalks

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna