Sentuhan Solekan Ketika Menjadi Raja Sehari Untuk Wanita Yang Berkulit Sawo Matang

Sentuhan solekan wajib diberi penekanan sebelum resepsi sanding atau majlis pernikahan dijalankan dan ia adalah perkara paling penting dan utama sekali. Kalau solekan tak menjadi habislah mood masa tu. Boleh rosak satu hari majlis perkahwinan! Iyalah, majlis kahwin berlangsung hanya sekali seumur hidup. Tak nak lah ada suara bawang kata, ‘tak cantik langsung makeup pengantin tadi’, oops!

Jangan main-main ye! Nampak simple tapi ia sangat memberi kesan kepada pengantin perempuan. Justeru itu, artikel kali ini Donna sediakan beberapa inspirasi solekan yang tengah trending pada tahun 2019. Malah, solekan mengikut tona warna pun Donna letak sekali. Tengoklah kat bawah ni mana solekan yang sesuai mengikut warna kulit anda….

Betty Gabriel

Solekan ini ditekankan pada bahagian bibir yang menggunakan warna buah plum yang sangat pekat dan ia amat sesuai kepada siapa yang mempunyai tona warna kulit yang agak gelap. Kulit gelap tak perlu make up yang tebal untuk kelihatan cantik, hanya oles sedikit solekan dah cukup membuat wajah anda kelihatan vass!

 

Taraji P. Henson

Untuk pengetahuan anda, syarat bersolek adalah anda perlu bermain dengan salah satu bahagian saja iaitu mata atau bibir. Kalau solekan tadi, ditekankan pada bahagian bibir tapi kali ini ditekankan pada bahagian mata pula. Warna kelopak mata yang naik dan menawan serta kombinasi warna berry pada bahagian bibir sudah cukup buat wanita yang mempunyai kulit sawo matang ini kelihatan elegan.

 

Solána Imani Rowe atau lebih dikenali sebagai SZA

Ya, kepada wanita yang mempunyai coklat pekat, solekan natural sudah memadai untuk membuat kulit anda cantik dan menyerlah. Buktinya, lihat penyanyi Amerika, SZA ini, walaupun natural tapi berjaya menarik perhatian sesiapa saja yang melihatnya. Cukup glow!

Chrissy Teigen

Seeloknya, wanita yang mempunyai tona warna kulit sawo matang tidak perlu mengoles solekan sehingga mengubah warna kulit. Cukup sekadar menutup cela pada wajah. Bayangkan kalau ubah warna tona kulit dengan bahan solekan, tak ke kulit jadi warna kelabu? Lihat cara solekan Chrissy Teigen ini, walaupun bersahaja tetapi sudah mampu untuk menaikkan seri wajah ketika majlis perkahwinan anda kelak.

Carrie Underwood

Sekali lagi, bahagian kelopak mata menjadi bahagian penting untuk gadis berkulit sawo matang. Lihat cara solekan Carrie Underwood, santai tapi kelihatan elegan dan mahal walaupun bahagian bibir Carrie menggunakan warna pastel. Jika anda berani lagi, minta tukang solek lukiskan wing pada hujung anak mata untuk kelihatan garang dan bertenaga.

Itulah antara jenis solekan yang boleh diguna pakai untuk gadis bersawo matang pada majlis besar mereka. Donna mohon, untuk majlis hari besar, pastikan ambil tukang solek yang berpengalaman, betul-betul ada seni dan kreatif. Biar mahal, asalkan berbaloi. Jangan murah tapi tak semegah.

 

 

 

 

Sumber: GH

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna