Sentuhan Hebat Kabir Bhatia, Filem Sangkar Bersedia Ke Gelanggang Pawagam

Pengarah, penerbit dan penulis lakonlayar filem Nur Kasih The Movie, Setem, Kekasihku Seru dan banyak lagi sering mendapat tempat buat hati peminat apabila menonton karyanya yang memberi banyak pengajaran buat semua golongan masyarakat. Tak lain tak bukan Kabir Bhatia, seorang pengarah Malaysia kelahiran dari Mumbai kembali dengan filem barunya iaitu Sangkar.

Mungkin ada lagi di antara anda yang mungkin belum tahu serba sedikit tentang filem ini yang bakal ditayangkan mulai 29 Ogos 2019, jadi Donna akan share kan pada anda semua sinopsis filem Sangkar. Ramai tertanya-tanya mengapa filem ini dinamakan Sangkar? Ia sebenarnya mengisahkan tentang Adam seorang peninju MMA yang bersifat angkuh memenangi sebuah pertarungan dengan menggunakan taktik kotornya.

Disebabkan dengan sifat Adam sebegitu, Johan pihak lawannya mengalami kecederaan teruk sehingga dia tidak mampu untuk menyara adik beradiknya iaitu Lea dan Reza. Adakah Adam mampu menebus kesalahannya demi masa depan Johan dan adik-adiknya? Haa kalau nak tahu apa yang terjadi selanjutnya, kena lah tonton!

Bila tengok trailer pun dah best apatah lagi cerita keseluruhan betul tak? Jadi bagi yang bakal menonton filem ini boleh kongsikan ulasan dan pandangan anda dengan #SangkarMovie.

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna