Senggugut Kronik Boleh Menyebabkan Lendir Busuk Jika Tidak Dirawat

Kebiasaanya wanita akan sering mengalami kesakitan di bawah perut sebelum proses menstruasi dan semasa haid, namun jika ia berpanjangan kemungkinan anda akan mengalami masalah kesihatan pada sistem peranakan atau reproduksi. Untuk pengetahuan anda, sengugut kronik atau ‘secondary dysmenorrhea’ akan berlaku radang pada rahim, ovari serta tiub fallopian yang akan membawa endometriosis.

Berdasarkan Dr Salmi Daraup, seorang pakar Obstetrik dan Ginekologi sengugut akan berlaku dengan kerap bagi wanita yang sudah mengjangkau usia produktif. Keadaan itu terbahagi kepada dua jenis iaitu primary dan secondary dysmenorrhea. 

Image result for senggugut

Sumber : bulan

Primary Dysmenorrhea

Sakit jenis ini boleh berlaku pada peringkat awal kedatangan haid dan disebabkan penghasilan ‘prostaglandins’ pada dinding rahim. Ia akan terjadi pada tahap fasa awal datang bulan dan sakit akan beransur kurang selepas melahirkan anak. Buat wanita di luar sana anda tidak perlu risau kerana ia adalah normal dan tidak bahaya.

Secondary Dysmenorrhea

Bagi yang mengalami senggugut yang melampau ketika haid yang berlaku sepanjang tempoh seminggu sebelum haid anda perlu mendapatkan rawatan dan nasihat segera daripada pakar sakit puan kerana takut jika ia memberi kesan endometriosis.

Menurut Dr Salmi, senggugut kronik yang tidak dirawat akan menyebabkan ‘pelvic inflammatory’ iaitu penghasilan lendir berbau busuk dan gatal (abnormal discharge) pada vagina yang boleh mengakibatkan mandul. Tetapi ia bergantung mengikut jenis dan kedudukan fibroid dalam rahim.

Image result for senggugut

Sumber : gamat

Sekiranya perkara di atas berlaku kemungkinan anda akan mengalami haid yang banyak sehingga berlaku kekurangan darah dan letih. Sebagai wanita penting untuk anda menitikberatkan untuk melakukan rawatan sekiranya mengalami senggugut agar dapat menjalani pemeriksaan dengan segera iaitu ujian ultra sound dan scan pelvis.

Lepas ni jangan ambil mudah ye, bila kena senggugut tu cepat-cepat jumpa doktor nanti melarat pula.

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Ulam-Ulaman Bukan Setakat Penambah Selera Tapi Banyak Manfaat Yang Anda Belum Tahu

 

 

 

 

Sumber : beritaharian

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna