Senario Sebelum Raya Ini Pasti Buat Anda Tersentak

Sedar tak sedar kita semakin hampir dengan raya, pasti ada di antara anda yang sudah mula nak buat persiapan raya. Bukannya apa, kalau buat persediaan awal senang nanti tak kelam kabut. Keindahan dan keseronokan beraya memang tidak dapat dilupakan tambah lagi apabila dapat beraya bersama dengan orang yang tersayang. Kalau bab nak raya ni, kaum wanitalah yang paling handal dan beriya-iya untuk membuat persiapan raya sampai segala perkara nak ditukar baru. Bila imbas kembali raya tahun-tahun lepas pasti anda akan ketawa semula dengan gelagat dan moment yang berlaku sebelum raya.

Kisah Jiran Sebelah

Biasalah apabila menjelang raya, setiap keluarga pasti akan sibuk nak membeli barang baru bagi menghias rumah agar nampak lebih cantik dan berseri. Jeling jiran sebelah tukar langsir, anda nak tukar juga. Jeling jiran bawak masuk perabot baru, eh anda pun tak nak kalah nak tukar juga. Tanpa sedar yang sebenarnya anda sudah pun membazir. Mengapa perlu berlumba-lumba jika ianya tidak mendatangkan manfaat kepada diri sendiri kan.

Tahun Ni Beraya Dengan Mak Mertua?

Gulp, suami kata nak beraya rumah mertua dulu tahun ni? Rileks dulu janganlah tarik muncung tu. Apa salahnya anda bertolak ansur dengan suami. Jika raya lepas dah balik kampung anda, apa salahnya jika ke rumah mertua pula kan. Jika anda gementar atau nervous beraya bersama mertua, jangan risau. Cuba pikat hati mertua dengan borong sebanyak mana kuih raya yang boleh. Tak payah berpenat lelah buat kuih raya, pasti mertua gembira. Ambil peluang untuk berborak dengan mertua tentang makanan yang disukainya atau mungkin anda boleh berborak mengenai perangai suami anda ketika kecil. Pasti dia terhibur.

Malam raya di saat sibuk menyediakan juadah pagi raya, hulurkan tangan membantu mereka apa yang boleh. Walau hanya memotong bawang, percayalah hati mertua pasti gembira. Plus point, kalau anda pandai memasak. Masa inilah nak show off skill dengan mertua.

Open House Menjimatkan?

Masa rayalah ramai sedara mara datang berkunjung ke rumah, dan percaya atau tidak open house adalah salah satu cara paling berkesan untuk mengelakkan anda penat dan ia menjimatkan. Trick ini mungkin ramai yang tak sedar. Okay, bayangkan jika anda tidak menetapkan hari untuk buat rumah terbuka, jiran, sedara mara akan datang mengikut hari dan waktu yang mereka suka. Dan ini lebih memenatkan kerana mereka hadir bergilir-gilir dan lebih banyak persiapan yang perlu anda lakukan. Namun, anda hanya akan penat satu hari sahaja jika anda tetapkan satu tarikh untuk open house dan jemput rakan, jiran serta saudara mara datang ke rumah. Bijak kan?

Bajet Tak Cukup, Macam Mana Nak Shopping?

Belum lagi raya menjelang duit dan licin? Mungkin ada di antara anda yang pernah mengalami masalah ini. Kewangan kalau tidak dirancang sejak awal, kemungkinan untuk berbelanja sehingga terlebih bajet sangat tinggi. Sebagai wanita, anda perlu tahu keperluan dan kehendak dalam melakukan persiapan raya. Cukuplah hanya sehelai baju baru jika tidak berkemampuan. Tidak perlu menukar perabot jika perabot yang ada masih elok untuk digunakan. Perancangan kewangan harus dititikberatkan tidak kira sama ada pada musim raya atau hari-hari biasa.

Sekarang ni anda semua tak perlu lagi pening jika jiran sebelah beli perabot baru, nak bagi apa untuk mak mertua dan bajet tidak cukup untuk shopping barang rumah? Jangan bersedih, pasti raya kali ini akan memberi anda kelainan kerana anda boleh menyertai peraduan beli dan menang bersama Dulux bermula pada 8 April sehingga 26 Mei.

Rumah berseri dengan cat baru tambah pula jika menang perabot dan barang elektrik, ha makin cerialah raya tahun ni bersama Dulux. Jangan lupa sertai ye!

 

 

 

Artikel ditulis oleh : Farah

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna