Senarai Makanan Tepat Untuk Mereka Berpenyakit Darah Tinggi

Kalau nak sembang pasal makanan ni, confirm takkan ada siapa yang dapat menolak. Lebih-lebih lagi makanan yang sedap. Malah, ada sesetengah daripada kita bila dapat tahu ada penyakit darah tinggi, mereka masih berdegil untuk tak berpantang. Kononnya, ubat yang disarankan oleh doktor sudah memadai.

No! Bila doktor dah sahkan anda mempunyai penyakit berbahaya seperti darah tinggi, nak tak nak kena jaga gaya hidup dan pengambilan jenis makanan.

via GIPHY

Nak tahu makanan yang tepat untuk darah tinggi, jom kita lihat senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

  1. Elakkan makan makanan yang mengandungi lemak tepu tapi lemak tak tepu boleh diambil bagi menggantikan lemak tepu. Misalnya, ikan, kekacang, biji-bijian dan minyak daripada sumber tumbuhan seperti minyak zaitun, minyak jagung dan minyak bunga matahari.
  2. Makanan yang tinggi serat dan protein, kaya dengan kalium, magnesium dan kalsium. Ini kerana semua nutrien tersebut diperlukan untuk membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
  3. Dalam sehari, pesakit perlu mengambil sekurang-kurangnya 4-5 hidangan sayur dan 4-5 hidangan buah.
  4. Kurangkan tabiat makan di luar terutamanya di restoran makanan segera.

via GIPHY

Apa pun, tolong dapatkan nasihat daripada pegawai dietetik atau doktor pakar untuk pengambilan natrium yang sesuai untuk anda. Oh! Selain daripada makanan, sebenarnya anda perlu menitik-beratkan tentang gaya hidup sihat juga misalnya…

  1. Meningkatkan aktiviti fizikal.
  2. Berhenti merokok dan alkohol.
  3. Mengurangkan pengambilan garam.
  4. Mengurangkan berat badan jika BMI berlebihan.

Semoga artikel ni memberi manfaat buat anda!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menderma Darah

Macam Mana Nak Bawa Stok Ubat Bila Bercuti Ke Luar Negara?

 

 

 

 

 

 

Sumber: myhealth

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna