Senarai Makanan Ini Boleh Kurangkan Masalah Keguguran Rambut

Ish! Banyaknya rambut berterabur ni. Aku ada penyakit ke???”

Masalah keguguran rambut dalam kalangan wanita dan lelaki sudah menjadi perkara sinonim dan selalunya berlaku selepas mereka berusia 30 tahun. Itu belum lagi  bila tengok rambut melekat pada sikat, banyaknya rambut yang gugur. Kadang-kala sampai terfikir, adakah kita mempunyai penyakit sehingga rambut gugur begitu banyak?

Menurut doktor Sri Viknarajan, rambut terdiri daripada protein yang dipanggil keratin yang dihasilkan dalam folikel rambut di lapisan luar kulit. Setiap folikel mempunyai kitaran hidup sendiri yang boleh dipengaruhi oleh umur, penyakit, dan pelbagai faktor lain.

via GIPHY

Kitaran hayat ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu:

  • Anagen – pertumbuhan rambut aktif yang berlaku antara dua hingga enam tahun
  • Catagen – pertumbuhan rambut peralihan yang berlangsung dua hingga tiga minggu
  • Telogen – fasa rehat yang berlangsung selama dua hingga tiga bulan; pada akhir fasa rehat rambut itu digugurkan dan rambut baru digantikan dan kitaran yang lain bermula.

Jadi, masalah keguguran rambut sebenarnya tak perlu dirisaukan kerana rambut yang baru akan tumbuh semula tapi, jika mengalami keguguran yang terlalu teruk, silalah dapatkan nasihat dari pakar. Jangan ambil enteng dengan makhota kita.

Sumber: nakitaID 

Oh! Lagi satu, untuk menguatkan lagi akar rambut apa kata anda amalkan gaya pemakanan ni. Iyalah, makanan semulajadi ni banyak khasiatnya tau. Malah, menurut salah satu akaun Instagram pakar pemakanan  @treatonfit, pertumbuhan rambut bergantung kepada umur, kesihatan, genetik dan pemakanan.

Antara makanan semulajadi yang dapat menyuburkan rambut adalah…

  1. Telur – Kandungan gizi yang ada pada telur iaitu protin dan biotin sebenarnya dapat memberi kesuburan pada bahagian kulit kepala.
  2. Ubi keledek – Ubi keledek mengandungi vitamin A yang dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut.
  3. Tiram – Tiram adalah salah satu makanan semulajadi yang mempunyai banyak kandungan zink di mana dapat membantu pertumbuhan serta merawat rambut yang rosak.
  4. Beri – Semua orang tahu Beri mengandungi antioksidan dan vitamin. Dua kandungan gizi ini dapat menghasilkan kolegen pada kulit di mana segala bulu yang terdapat pada permukaan kulit akan tumbuh dengan sihat.

Itulah antara senarai makanan yang dapat mengekalkan rambut kita supayah menjadi lebih sihat dan kurang bermasalah walaupun umur semakin meningkat.

 

 

Jika inginkan bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel di sini:

Nak Masuk Salun Pun Malu Sebab Rambut Beruban ,

 Jangan Pandang Remeh Dengan ‘Checklist’ Ni Bila Naik Kapal Terbang Dengan Anak

 

 

 

 

Sumber: doctoroncall

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna