Senarai Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2018, Tahniah!

Jumaat minggu lepas telah berlangsungnya sebuah anugerah berprestij tahunan iaitu Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) yang bersiaran langsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Donna pun hadir sama tau untuk memeriahkan suasana ASK2018. Jom lihat video di bawah: 

Pada malam itu, ramai artis hadir bagi memeriahkan majlis dengan busana yang digayakan dari pereka fesyen masing-masing di red carpet.

Tidak ketinggalan, penonton dihiburkan dengan persembahan dari penyanyi Datuk M Nasir, Jaclyn Victor, Marsha, Altimet, Amelia Henderson kumpulan OAG dan ramai lagi!

Di kesempatan ini juga, sekalung tahniah diucapkan buat kesemua pemenang ASK2018 dan buat anda yang ketinggalan, jangan risau kerana kami ada senarai penuh pemenang-pemenang mengikut kategori masing-masing.

Penyunting Drama Terbaik; Mohd Shahrul (Qalbu) – Wakil

Videografi Terbaik; Nasarudin Ahmad

Lakon TV Terbaik; Sofia J Rhyland (Aku Nazmi)

Rancangan Majalah Terbaik; 999

Rancangan Realiti Terbaik; Let’s Cycle Season 3

Pelakon Pembantu Filem Terbaik Wanita; Normah Damanhuri (Pinjamkan Hatiku)

Pelakon Pembantu Filem Terbaik Lelaki; Namron (Dukun) – Wakil

Drama Komedi Terbaik; Mat Rukun (Hujan Lebat Sdn Bhd)

Pelakon Pembantu Drama Terbaik Wanita; Fauziah Nawawi (Pendosa Ingin Ke Syurga)

Pelakon Pembantu Drama Terbaik Lelaki; Fauzi Nawawi (Qalbu)

Rancangan Anugerah Terbaik; Anugerah Skrin 2017 (Tengku Sahilawati & Hamsiah Biri)

Pelakon Drama Rantaian Terbaik Wanita; Amyra Rosli (Nur)

Pelakon Drama Rantaian Terbaik Lelaki; Syafiq Kyle (Nur)

Pengarah Terbaik Filem; Dain Said (Dukun)

Pengarah Terbaik Drama; Rashid Sibir (Pendosa Ingin Ke Syurga)

Pelakon Filem Terbaik Wanita; Datin Seri Umie Aida (Dukun)

Pelakon Filem Terbaik Lelaki; Shaheizy Sam (Pinjamkan Hatiku)

Pelakon Drama Terbaik Wanita; Nad Zainal (Fatonah Azali)

Pelakon Drama Terbaik Lelaki; Jay Iswazir (Aku Nazmi)

Drama Rantaian Terbaik Bahasa Melayu; Nur

Drama Terbaik; Pendosa Ingin Ke Syurga

Selain daripada di atas, ada lagi dua pemenang yang berjaya meraih trofi pada malam tersebut.

Lakon Layar Terbaik : Huzir Sulaiman (Dukun)

Drama Rantaian Terbaik (Mandarin) : Green Wall (The Rock Production Sdn bhd)

Donna sekali lagi mengucapkan tahniah kepada para pemenang!!!  

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna