Senarai Hadiah Untuk Ratu Hati Di Hari Ibu

Hari Ibu atau Mother’s Day disambut pada hari Ahad minggu kedua pada bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan orang di seluruh dunia. Sambutan ini juga difahamkan untuk menghargai pengorbanan seorang ibu yang telah mengandung, melahirkan serta mencorakkan kita.

Sedar tak sedar dah 12 Mei pun hari ni, pasti ada segelintir daripada pembaca Donna masih tergaru-garu kepala lagi nak bagi apa pada si ratu hati kan? Nah! Jangan risau kerana kami ada beberapa senarai idea hadiah yang menarik untuk ibu anda. Antaranya…

Telekung

Cuba ingat semula, bila kali terakhir ibu anda beli telekung. Mesti dah lama kan sampai timbul tahi lalat dan warna kuning di tepi telekung yang sekarang ni. Ha.. Apa lagi? Kebetulan, Hari Ibu jatuh pada bulan Ramadan. Jadi, ambil kesempatan ini untuk hadiahkan mereka telekung untuk dipakai ketika mengerjakan solat terawih.

Mesin pengering

Kepada yang berkemampuan, tak salah kalau nak hadiahkan mereka mesin pengering. Bukan saja kegunaan ketika musim hujan, sekaligus memudahkan mereka untuk tidak perlu susah-susah nak sidai kain di ampaian lagi. Nama pun Hari Ibu, berikan mereka kesenangan selepas susah membesarkan kita menjadi orang berguna.

Layanan spa dan set penjagaan wajah

Kadang-kala ibu kita yang sudah pun berumur tiada masa nak menjaga atau memanjakan kulit wajah mereka. Jika berkemampuan, apa kata anda manjakan mereka dengan rawatan spa atau juga belikan set penjagaan kulit muka.

Untuk pengetahuan anda, set penjagaan muka Dr Rimpler berasal dari Jerman ini amat sesuai untuk golongan wanita yang berusia 30 tahun ke atas kerana fungsinya untuk mengurangkan kedutan pada wajah.

 

Campuran pewangi dan 95% bahan alga yang ditemukan di dalam laut untuk produk ini, ia dapat memberi keanjalan, menyuburkan serta meningkatkan tahap metabolisme sel kulit muka sekaligus dapat menegangkan kulit wajah. Berita baik lagi, produk ini tidak mempunyai sebarang pengawet kimia.

Hari Ibu bukan untuk menyenangkan ratu hati tapi, untuk mencantikkan mereka juga. Walaupun mengikut ajaran Islam Hari Ibu adalah hari-hari tapi tidak kira apa pun anutan agama kita, Kedua ibu bapa wajib dihormati dan disayangi kerana pengorbanan mereka, siapalah anda sekarang ni.

Selamat menyambut Hari Ibu!

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna