Senarai Barang Sekolah Yang Si Manja Perlu Ada

Sesi persekolahan 2019 bakal bermula dan semestinya bila hampir tiba hari pertama persekolahan pada setiap awal tahun, ibu bapa adalah insan yang bertanggungjawab menguruskan keperluan si manja.

Sumber: pexels

Bagi memudahkan ibu bapa melakukan persiapan bagi menghadapi sesi persekolahan baharu ini, Donna ada senarai barang yang penting untuk si manja bawa ke sekolah lebih-lebih lagi umur si manja baru saja 4-6 tahun sebagai panduan. Antaranya…

Alat tulis

Alat tulis adalah barang yang paling penting untuk si manja ke sekolah untuk mereka menulis dan mewarna. Tak ada alat tulis, si manja akan sukar untuk menimba ilmu.

Alat tulis bukan saja batang pensil tetapi, terdiri daripada pengasah pensil, pemadam, pembaris dan pensil warna. Belikan alat tulis yang asas pun sudah memadai!

 Sumber: pexels

Kasut

Kasut sekolah ni tak perlu nak terang lebih-lebih. Memang penting! Hiks.

Sumber: toschool

Jika pihak sekolah tidak menetapkan syarat untuk memakai kasut atau tidak. Pastikan anda beli khas untuk si manja pakai untuk ke sekolah. Barulah si manja rasa bersemangat untuk melangkah ke sekolah!

Buku

Bagi anda mungkin si manja yang berusia 4-6 tahun tidak memerlukan buku conteng. Sebenarnya anda silap! Tahap umur mereka inilah yang memerlukan banyak buku untuk memahirkan mereka menulis dan mewarna.

Sumber: pexels

Walaupun sistem sekolah si manja akan diberikan buku sekolah untuk latih tubi. Anda sebagai ibu bapa, belikan saja buku conteng untuk keperluannya di rumah!

Set backpack!

Untuk pembelian set barangan sekolah yang lain, anda boleh klik di sini.

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna