Senaman Yoga Bukan Untuk Orang Dewasa Je, Kanak-Kanak Pun Ada

Sebelum ni Donna selalu buat artikel berkenaan dengan senaman yoga untuk wanita. Lentok sana, lentok sini, pusing sana, pusing sini. Tak kurang juga pergerakkan dan rutin senaman yoga untuk mereka yang sedang hamil. Secara amnya, yoga ni kita lihat memang sesuai dengan wanita.

Sekarang ni, Donna dah tak nak sentuh yoga dan wanita tapi nak sentuh yoga dan kanak-kanak pulak. Ha, mesti ada yang pelikkan? Ada ke yoga untuk budak-budak?

via GIPHY

Jom tengok macam mana pergerakkan senaman yoga khas untuk si kecil ni. Antaranya…

Tree

Minta si kecil tahan nafas sambil membuat gaya pokok. Sebelah kaki dibengkokkan 90 darjah dan kedua belah tangan didepakan ke atas. Minta mereka berdiri begitu selama 5 saat kemudian hembus nafas dan lakukan gaya lain pula.

Sunset / Sunrise

Seterusnya, minta mereka mendepakan tangan ke atas sambil menarik nafas. Kemudian, hembus nafas sambil menundukkan badan mereka ke bawah ala-ala nak terjun ke dalam kolam. Minta mereka lakukan sebanyak 10 kali.

Fish

Kalau dah gaya yoga ikan, mestilah tubuh dalam keadaan lurus. Jadi, minta mereka baring dan angkat badan mereka ke atas menggunakan lengan. Kepala pula didonggakkan ke bawah ketika badan di angkat. Nafas di tarik dan dihembus dengan ketika pergerakkan dilakukan.

Airplane

Pergerakkan ini agak menyenorokkan dan paling mudah tetapi memerlukan sedikit keimbangan tubuh badan. Mudah je, sebelah kaki di angkat ke atas dan badan di kedepan sehingga dalam keadaan 90 darjah sambil kedua-dua tangan di depakan ke tepi. Lakukan berulang dengan bertukar kaki.

Oh ya! Kesemua pergerakkan ni anda boleh buat bersama-sama dengan si kecil ketika anda berdu ada waktu lapang bersama. Selamat bersenam dengan si kecil ye, ihiks!

Untuk bacaan artikel yang lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel di sini:

10 Senaman Yoga Yang Sesuai Untuk Ibu Mengandung ,

Yoga Bantu Kurangkan Masalah Sakit Tulang Belakang. Cubalah!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Parents

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna