Senaman Yang Seronok! Senamrobik Mampu Lawan Risiko Hipertensi

Hipertensi adalah sesuatu penyakit senyap yang merbahaya. Bersenam merupakan salah satu gaya hidup sihat yang mampu menyelamatkan diri kita daripada penyakit kronik merbahaya.

Mengikut sumber, terdapat data yang dikeluarkan oleh World Health Organization atau WHO pada tahun 2015 yang menyatakan kira-kira 1.13 billion manusia mengalami penyakit tekanan darah tinggi dari seluruh dunia.

Satu daripada empat lelaki dan satu per lima daripada wanita menderita hipertensi dan hanya satu daripada lima yang  berjaya mengawal penyakit itu!

Tekanan darah tinggi adalah penyakit memberi tekanan kepada pembuluh darah dan organ yang penting sejurus menyebabkan kompilasi membunuh seperti angin ahmar dan serangan jantung berlaku.

Antara punca utama yang menyebabkan berlakunya hipertensi adalah permakanan yang tidak sihat serta badan kurang melakukan senaman. Senaman sebenarnya adalah salah satu cara yang sangat baik untuk menurunkan risiko tekanan darah tinggi termasuklah berjogging.

via GIPHY

 

Dari segi permakanan juga harus diberi perhatian termasuklah mengurangkan pengambilan garam dan makan juga harus beralih kepada lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ketua Pegawai Eksekutif Blood Preasure United Kingdom, Katharine Jenner seperti dilaporkan Express Health, menyatakan kedua langkah itu sangat membantu seseorang daripada terkena teknanan darah tinggi selain mengawal berat badan kita.

Menurut sumber, meskipun hanya berjoging atau berjalan dengan cepat, ianya membantu menurunkan tekanan darah sistolik 10mmHg dan kurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Antara senaman yang baik adalah senamrobik dan berjoging. Senaman yang konsisten selama 150 minit sangat membantu mengubah kehidupan seseorang daripada risiko tekanan darah tinggi!

 

 

 

 

 

 

Sumber:Mstar

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna