Senaman Yang Mampu Meningkatkan Ketahanan Fizikal Ketika Melakukan Hubungan Intim

Senaman dapat membantu anda kekal sihat dan bertenaga tapi, adakah anda mengetahui bahawa kesemua regangan, lentokkan, pusingan dan pengawalan pernafasan yang anda lakukan dapat memberi kesan kepada fizikal ketika melakukan hubungan intim?

Namun, apakah yang dimaksudkan dengan senaman dapat memberi kesan kepada fizikal ketika melakukan hubungan intim? Donna akan rungkaikan kepada pembaca setia Donna semua.

Badan akan menjadi lebih bertenaga dan stamina pula akan lebih stabil jika kita mengamalkan senaman yang berterusan. Tetapi, jenis senaman apakah yang patut dilakukan? Baca panduan di bawah!

Sumber: self.com

 

Zumba

Sumber: internet

Zumba bukan lagi perkara asing dalam masyarakat kita kerana kini terdapat banyak aktiviti berzumba dilakukan tak kira di mana-mana. Untuk anda yang baru ingin berjinak-jinak dengan zumba, ia sama seperti pergerakan tarian salsa, samba, cha-cha, sedikit hip-hop dan tarian moden. Di mana ia melibatkan pergerakan di bahagian punggung, otot faraj, kaki dan juga tangan.

Malah, lagu rancak akan digunakan dalam melakukan senaman tarian zumba supaya kesemua pergerakan dapat melonggarkan urat-urat yang tegang serta membantu dalam regangan pada bahagian pinggang ketika menari.

Tambahan pula, menurut pakar pengajar Zumba, Melanie Gibson, semakin banyak anda melakukan senaman Zumba, semakin bagus regangan pada bahagian pinggang anda. Jadi, anda boleh gunakan kelembutan pinggang anda ketika melakukan hubungan seks di atas katil.

Mengayuh basikal

Sumber: life time academy

Mengayuh basikal menggunakan mesin pengayuh adalah salah satu senaman yang sangat popular kerana senaman ini dapat membakar kalori dengan cepat dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

Menurut pakar pengajar senaman badan, Colin Kim, berbasikal bukan saja dapat meningkatkan kelancaran pengaliran darah ke seluruh tubuh badan tetapi dapat mengimbangkan kadar denyutan jantung. Ia juga dapat membentuk tubuh badan yang cantik untuk meningkatkan rangsangan pasangan ke arah seksual.

Terutamanya kepada golongan wanita, ia dapat menguatkan bahagian otot vagina di mana semakin kuat otot vagina anda, semakin tinggi tekanan darah dan keghairahan di bahagian kawasan tersebut.

Regangan balet

Pergerakan regangan balet ini sama saja seperti senaman yoga, pilet dan latihan regangan yang lain. Tetapi, regangan balet ini dapat melatih tubuh anda fleksible dari hujung kepala sehingga hujung kaki.

Menurut tenaga pengajar tarian balet iaitu Taryn Falcetti, dalam senaman ini terdapat banyak pergerakan isometrik yang akan di lakukan. Di mana, ia akan menguatkan ketahanan otot dan juga dapat bertahan lama ketika melakukan seks bersama pasangan.

Tambahnya lagi, ketika melakukan regangan pada bahagian kaki di mana anda perlu luruskan kaki bersudut 60 darjah dan 90 darjah, serba sedikit ia akan membina keyakinan diri anda ketika melakukan seks kerana badan anda sudah dibiasakan dengan regangan.

Sumber: pexels

Yoga

Senaman yoga dapat membantu anda untuk menstabilkan nafas dengan pergerakan yang anda sedang lakukan. Malah, yang sebenarnya senaman ini adalah perkara utama jika ingin berikan kepuasan dalam seks.

Ini kerana, yoga dapat meningkatkan tahap keyakinan diri anda dari segi penampilan diri. Dengan ini, secara automatik ia akan membuat diri kita bersikap agresif ketika berada di atas katil.

Selain itu, ketika anda melakukan senaman yoga yang memerlukan regangan otot-otot di bahagian punggung atau pinggang, secara tidak langsung ia dapat menguatkan otot-otot yang terlibat semasa melakukan seks.

Sumber: pexels

Ha, dah tahu step-step ini, boleh lah mula praktis di rumah. Lagi best bersenam sekali bersama suami supaya dua-dua sekali fit dan fleksibel githew. Lagipun, bersenam ini bukan sahaja untuk stamina atas katil, tapi juga untuk kesihatan diri anda kan.

Untuk menaikkan semangat suasana ketika membuat regangan badan, apa kata anda dengarkan lagu ini.

 

 

 

 

Sumber: livestrong

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna