Senaman Tarian Sesuai Untuk Ibu Hamil

Walaupun sudah masuk tahun 2019, masih lagi terdapat segelintir daripada kita dimomokkan bahawa bersenam hanya untuk individu yang inginkan bentuk badan yang cantik, mengurangkan berat badan atau inginkan berat badan yang ideal. Tapi, yang sebenarnya senaman perlu dilakukan pada setiap golongan untuk kekal sihat.

Malah, untuk ibu hamil juga harus melakukan senaman untuk memudahkan proses ketika bersalin. Bagi menyokong kenyataan ini, Donna telah menemubual dengan seorang pakar pengajar tarian senaman kesihatan dan fitness instructor, Aliez Jazam yang sudah berkecimpung dalam bidang ini lebih kurang 15 tahun lamanya.

Beliau yang mempunyai 3 orang anak telah mengakui sepanjang tempoh hamil anak kedua dan ketiga, Aliez tidak pernah meninggalkan senaman dan proses bersalin sangat mudah. Berbeza ketika melahirkan kandungan yang pertama ia agak sukar. Mungkin disebabkan tidak mengamalkan senaman ketika hamil.

Sumber: internet

Beliau juga mengingatkan, jika ingin melakukan senaman ketika sedang hamil, pastikan ada yang memantau atau lakukan senaman bersama dengan orang yang terlatih kerana mereka lebih arif tentang pergerakan untuk mengelakkan daripada berlakunya keguguran. Ini kerana, tarian senaman agak berbeza sedikit dengan individu yang tidak hamil.

Tambahnya, 300 hingga 800 kalori boleh dibakar bergantung kepada badan individu dan juga pergerakkan yang dilakukan ketika melakukan tarian seperti Masala Banggra, U-Jam, Zumba, Salsasion dan banyak lagi.

Sumber: internet

Menurut Aliez, semua orang mempunyai minat yang tersendiri. Ada yang minat mendaki bukit dan gunung, ada yang minat berbasikal, berjoging, melakukan senaman di gimnasium dan ada juga suka melakukan yoga. Jadi, apa pun senaman yang melibatkan pergerakkan sehingga mengeluarkan peluh, ia tetap bagus untuk tubuh badan.

Akhir sekali, dia juga menekankan bahawa pembelajaran langkah dan gerakan senaman tarian yang dipelajari melalui internet sangat berbeza jika belajar sendiri dengan pakar atau guru. Justeru itu, kepada wanita yang ingin melakukan senaman ini, anda digalakkan menyertai tarian kardio yang mempunyai tenaga pengajar yang arif lebih-lebih lagi untuk mereka yang hamil.

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna