Senaman Paling Senang Wajib Cuba! Anda Boleh Lakukannya Hari-Hari

Untuk meningkatkan intensiti senaman anda, bengkokkan lengan anda di siku dan hayunkannya sambil berjalan. Ini akan menambahkan kelajuan anda. Untuk melebihkan lagi intensiti senaman tersebut, ramai individu memegang pemberat (dumbbells). Ini akan menguatkan otot-otot bahagian atas badan anda. Anda juga boleh menggunakan botol air sebagai pengganti dumbbells.”

Badan makin menggembang, tapi tak sempat nak bersenam. Nak pergi gym pun makan tahun juga la baru jumpa jalan. Selalu alasan ini  yang diberikan oleh mereka yang tak sempat atau ‘malas’ untuk mengeluarkan sedikit peluh demi menjaga kesihatan diri sendiri. Ok sudah! Jangan bagi banyak alasan. Senaman paling mudah setiap daripada kita boleh lakukan adalah dengan berjalan kaki. Kenapa berjalan kaki? Berjalan sesuai untuk sesiapa sahaja tak kira tahap kecergasan yang sedia ada dan ia mampu memberi manfaat yang hebat. Berjalan akan memberi faedah yang hebat kepada semua individu, terutamanya kepada mereka yang mempunyai penyakit seperti Diabetes, Darah Tinggi dan Sakit Jantung. Sekiranya seseorang itu tidak dapat meluangkan masa untuk berjalan di taman rekreasi atau di gimnasium, anda boleh mengabungkan berjalan kaki sewaktu beliau pergi ke tempat kerja dan sewaktu beliau berada di pejabat.

Hanya dengan berjalan 150 minit seminggu, percaya tak ia dapat mengurangkan berat badan anda, risiko penyakit Diabetes. Senaman dengan cara berjalan kaki juga akan menguatkan jantung anda. Ia mampu meningkatkan kecekapan kardiovaskular. Paras lemak tepu tinggi akan meningkat dan ini akan mengurangkan paras lemak tepu rendah. Individu yang berjalan 1.6 km sehari atau lebih dari 3 jam seminggu akan dapat mengurangkan risiko sakit jantung sehingga 35%.  Manakala individu yang berjalan secara berkala mempunyai fungsi kognitif yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak. Untuk wanita yang sudah berumur, berjalan lebih dari 1 batu sehari dikatakan mempunyai tulang yang lebih padat. Senaman berimpak ini akan menguatkan sendi-sendi pinggul dan lutut.  Pendek kata, senaman berjalan meningkatkan paras hormon endorfin. Hormon ini boleh meningkatkan perasaan seseorang dan membawa perasaan yang riang dan mengurangkan tekanan.

 

HEBATNYA SENAMAN BERJALAN KAKI

Sumber Foto: medicalnewstoday.com

  • Risiko mengidap penyakit dapat dikurangkan diabetes
  • Meningkatkan keupayaan seks
  • Menjimatkan kos rawatan dan kos membeli peralatan sukan
  • Mengurangkan rasa penat dan murung
  • Boleh mengelakkan barah payu dara
  • Boleh mengurangkan risiko mendapat strok
  • Boleh mengurangkan risiko kehilangan memori
  • Membantu anda mengurangkan berat badan dan mencapai berat badan unggul

 

BERJALANLAH SELAGI MAMPU!

via GIPHY

  • Anda perlu menggunakan sepasang kasut yang selesa. Jika mampu, cari sepasang kasut yang khusus untuk senaman berjalan adalah sangat digalakkan.
  • Pakai pakaian yang selesa. Pakaian ketat tidak digalakkan. Jika anda bercadang untuk berjalan jauh, bawa sebotol air bersama anda.
  • Jika anda baru mula dengan program senaman, jalanlah dengan kelajuan yang perlahan. Kelajuan tersebut boleh dimajukan secara beransur. Bila penat, jalan perlahan semula. Anda boleh mula berjalan untuk 10 atau 15 minit. Lebihkan masa berjalan anda dengan 5 minit setiap minggu sehingga mencapai tidak kurang dari 30 minit. Program berjalan yang baik adalah di antara 40 – 45 minit.
  • Untuk memperolehi faedah yang optima daripada senaman anda, anda perlu berjalan lebih laju dari kelajuan biasa anda. Badan anda akan berpeluh dan kadar nadi akan meningkat lebih dari 120 denyutan seminit.
  • Kekalkan aktiviti anda sebagai satu aktiviti harian atau selang hari. Disiplin anda akan menentukan kejayaan anda. Jadikanlah aktiviti ini sebagai tabiat gaya hidup anda.
  • Secara purata, seorang individu berjalan lebih kurang 3000 ke 4000 langkah sehari. Anda digalakkan untuk berjalan tidak kurang dari 10,000 langkah sehari. Alat ‘Pedometer’ boleh di gunakan untuk menyimpan kira jumlah langkah sehari. Tetapkan satu sasaran dan mulalah berjalan untuk mencapainya. Berjalanlah dengn seorang sahabat atau ahli keluarga atau pun dalam satu kumpulan. Aktiviti ini menyeronokkan dan akan mengeratkan lagi silaturahim.
  • Senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja. Namun, pilihlah laluan yang selamat. Kalau berjalan di tepi jalan, jalan di sebelah kanan, iaitu menghadap lalulintas.
  • Untuk meningkatkan intensiti senaman anda, bengkokkan lengan anda di siku dan hayunkannya sambil berjalan. Ini akan menambahkan kelajuan anda. Untuk melebihkan lagi intensiti senaman tersebut, ramai individu memegang pemberat (dumbbells). Ini akan menguatkan otot-otot bahagian atas badan anda. Anda juga boleh menggunakan botol air sebagai pengganti dumbbells.
  • Pastikan anda berjalan tidak kurang dari 5 kali sehari. Jika hujan, anda boleh berjalan setempat di rumah atau berjalan ulang-alik dalam sebuah dewan. Berjalan atas treadmill adalah satu lagi alternatif yang baik.

 

 

Sumber: Portal Myhealth

Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna