Semua Orang Boleh Jadi Kaya Kalau Ikut Cara Ni. Tip Last Tu Paling Senang Nak Buat

“Wah, seronoknya bercuti dekat Paris bulan ni, bulan depan ke Turki pulak, bulan lepas tu nak pergi Dubai..”

Kata-kata ni mungkin akan keluar dari mulut anda bila berjaya menjadi jutawan satu hari nanti. Iyalah siapa je yang tak nak ada duit banyak, betul tak? Tapi jika kita dengar kisah sesetengah mereka yang sudah mengecapi kejayaan dan bergelar jutawan, kebanyakkan mereka berusaha bermula daripada bawah dan ada juga yang berani mengunakan wang sendiri sebagai pelaburan perniagaan untuk masa hadapan.

Grant Cardone yang merupakan pengarang New York Times menyatakan bahawa dia tidak akan membeli jam atau kereta mewah  sehingga pelaburan dan kewangannya berada dalam keadaan stabil dan selamat. Agak-agak boleh ke anda jadi jutawan?

Tak ada siapa berhak menjadi penghalang untuk anda terus berjaya dan kaya, tapi kenalah tahu langkah dan strategi yang betul. Jom tengok di bawah!

Image result for pay for commitment

Sumber: entreprenuer

Pay Yourself First 

Tidak kira sama ada hidup bujang atau sudah berumah tangga, setiap individu pasti mempunyai komitmen yang perlu dilaksanakan setiap bulan. Bil internet, telefon dan kredit kad bila kali terakhir anda bayar menggunakan wang sendiri? Langkah penting untuk anda menjadi seorang jutawan adalah, buat satu automatic payments ke dalam akaun simpanan anda. Masih belum ada akaun simpanan, langkah terbaik untuk anda lakukannya hari ini!

Kenal pasti berapa jumlah yang anda perlu simpan dari minggu ke minggu atau mengikut bulanan. Kira berapa perbelanjaan dan komitmen yang perlu dibayar agar anda boleh menyimpan duit ke dalam akaun simpanan.

Related image

Sumber: taxi

Berhutang dengan kad kredit 

Never! Jenis yang kaki shopping tu, jangan sesekali ambil kredit kad. Untuk menjadi jutawan yang berjaya, anda harus melangsaikan hutang yang tertunggak. Walaupun ianya satu nikmat bila anda menggunakan kredit kad untuk keluar beli belah, tetapi ingat anda akan kerja sepanjang hidup untuk membayar hutang balik dan yang membuatkan keadaan bertambah teruk apabila jumlah tunggakan dikenakan ‘bunga’. Jaga-jaga!

Image result for looking for grocery store

Sumber: thecheat

Beli barangan murah

Ini penting buat para wanita di luar sana, untuk menjimatkan duit anda pilih barang yang murah ketika membeli barang dapur. A little can go a long way! Haa walaupun anda menggangapnya ia adalah langkah yang remeh kerana terpaksa memilih produk yang murah, tetapi percayalah anda akan terkejut melihat perubahan kewangan anda jika anda ikut cara seperti ini.

Semua orang mempunyai potensi untuk menjadi seorang jutawan, kadangkala perkara yang anda rasa mustahil nak dapat, akhirnya tercapai bila anda konsisten dalam melakukan sesuatu perkara. Paling penting  adalah effort! Semoga bermanfaat.

 

 

 

 

Sumber: gilahartanah

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna